Ketua
Pengawai Eksekutif Terengganu Terengganu Incorporated Sdn. Bhd, Dato’ Haji Wan
Ahamad Wan Muda yakin tentang masa depan perniagaan Chicken Cottage yang
bertaraf dunia itu. Beliau menyatakan demikian ketika mengalu-alukan
pengambilahan Chicken Cottage Limited (UK) oleh TI Global Food Holdings
Limited, iaitu sebuah syarikat usahasama di antara Terengganu Incorporated Sdn.
Bhd. dan Global Food Brands. Inc. oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad bin
Said, merangkap Pengerusi Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. baru-baru ini.
APA
YANG DATO’ LIHAT TENTANG PRODUK CHICKEN COTTAGE INI?
Industri
halal dilihat berkembang dengan pesat sejajar dengan peningkatan jumlah
penduduk Islam di dunia. Perkembangannya bukan sahaja kerana memenuhi keperluan
obligasi keagamaan, tetapi kerana ia kini diakui sebagai kuasa pasaran yang
besar dan berpengaruh. Menyedari hakikat itu, Kerajaan Negeri Terengganu
melalui Terengganu Inc. telah membuat pelaburan dalam industri halal ini
melalui pengambilalihan Chicken Cottage Limited (UK), pemilik makanan segera
halal yang terbesar di United Kingdom berjenama “Chicken Cottage”.
Langkah
ini juga dilihat selaras dengan Perancangan Strategik Lima Tahun Terengganu
Inc. untuk meneroka peluang-peluang pelaburan di dalam industri hab halal .
Pengambilalihan Chicken Cottage Limited (UK) ini juga merupakan salah satu
agenda Terengganu Inc. dalam merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Terengganu
dalam menyahut usaha-usaha yang berterusan daripada Kerajaan Persekutuan dan
Kerjasama Sektor Awam-Swasta yang kukuh untuk menggalakkan industri halal di
Malaysia.
BOLEH
DATO’ JELASKAN SEDIKIT TENTANG RESTORAN CHICKEN COTTAGE INI?
Setakat
ini, terdapat 151 rangkaian restoran Chicken Cottage di seluruh dunia dan
majoritinya adalah di United Kingdom iaitu sebanyak 129 buah restoran.
Dengan
adanya franchisee yang sediada, kami menjangkakan rangkaian produk Chicken
Cottage ini akan dikembangkan lagi di negara-negara lain iaitu India dan
Australia dalam masa terdekat ini. Pihak kami juga merancang untuk memasarkan
Malaysia dan Terengganu khasnya ke dalam produk bertaraf antarabangsa ini .
Tidak mustahil sekiranya salah satu produk Chicken Cottage akan datang merupakan
“Satay” yang sinonim sebagai makanan Malaysia dan Keropok Lekor yang terkenal
di Terengganu pula dijadikan sebagai salah satu ‘Side Dish’ hidangan tersebut
bagi memenuhi selera dan citarasa setempat.
APA
HARAPAN DATO’ TERHADAP GLOBAL FOOD BRANDS INC YANG AKAN MENGURUS PERNIAGAAN
INI?
Saya
juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Pengurusan
Terengganu Inc. dan Global Food Brands Inc. yang telah bekerja keras dalam
menjayakan proses pengambilalihan ini dari mula hingga ke hari ini.
Saya
berharap pengambilahan Chicken Cottage Limited (UK) oleh TI Global Food
Holdings Limited, iaitu sebuah syarikat usahasama di antara Terengganu
Incorporated Sdn. Bhd. dan Global Food Brands. Inc. ini akan menjadi satu titik
permulaan yang hebat bagi TI Global Food Holdings Limited dan Kerajaan Negeri
Terengganu dalam merealisasikan matlamat Malaysia untuk menjadi negara
pengeluar utama produk makanan halal untuk dunia.
Sumber:
http://terengganutoday.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan