![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQVzUidAlMVb5Lg6hUNGYXNvxwuZFQ9TvuDQ3XFDjvtto_e4e4gZyfqBs1oFMgvvK4SDNv5I9xGs5y5czukf6Qc3dwQ_ntVHiVzUZNDos-b8szFV1LCcMAsPXSspANGOiqN8GR7wLlsUY/s1600/download.jpg)
1.
Menjauhi Pekerjaan Haram Dan Subahat
Setiap
orang hendaklah taat kepada Allah SWT dan tidak melakukan dosa kerana dosa akan
menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Dan seorang
lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya."
(riwayat at-Tirmizi).
Selain itu, dekatkanlah diri kepada Allah dengan ibadah
tambahan seperti solat Dhuha dan solat Tahajud.
2.
Bekerja Sungguh-Sungguh
Sabda
Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT senang melihat
hamba-Nya bersusah payah (kelelahan) dalam mencari rezeki yang halal."
(riwayat al-Dailami)
3.
Mengadu Masalah Rezeki Hanya Kepada-Nya
Sabda
Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Barang siapa tertimpa kemiskinan, kemudian
ia mengadukannya kepada sesama manusia, maka tidak akan tertutup kemiskinannya
itu. Namun, siapa sahaja yang mengadukannya kepada Allah, maka Allah akan
memberinya rezeki, baik segera ataupun lambat." (riwayat Abu Daud dan
al-Tirmizi)
4.
Memperbanyakkan Beristighfar
Rasulullah
s.a.w. bersabda: “Barang siapa memperbanyak istighfar, Maka Allah SWT
akan menjadikan setiap kesulitan kelapangan dan setiap kesempitan jalan keluar
dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak pernah
disangka-sangkanya." (riwayat Imam Ahmad)
5.
Sabar Dan Banyak Membaca La Hawla Wa Laa Quwwata Illa Billah.
Diriwayatkan
bahawa Salim, anak laki-laki ‘Auf bin Malik al-Asyja’iy telah ditawan
oleh orang musyrik. Kemudian, ‘Auf datang mengadu kesedihannya kepada
Rasulullah. Baginda s.a.w. berkata: “Bertakwalah kepada Allah,
bersabarlah dan aku anjurkan agar kamu dan isterimu memperbanyak bacaan, La
hawlah wa laa quwwata illa billah. ‘Auf kembali ke rumahnya dan menyatakan
suruhan Rasulullah s.a.w. itu. Keduanya, segera melaksanakan perintah Rasulullah
s.a.w.. Akhirnya, anaknya berhasil meloloskan diri daripada musuh dan membawa
ternakan kambingnya sebanyak 4,000 ekor di hadapan ayahnya. (Tafsir Qurthubi,
surah al-Thalaq: 3)
6.
Tawakal sepenuhnya kepada Allah SWT
Sabda
Rasulullah s.a.w. bermaksud: Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan
sebenar-benarnya, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kamu, sebagaimana
Allah telah memberi rezeki kepada burung yang berangkat di pagi hari dengan
perut kosong dan kembali ke sarangnya dengan perut kenyang. (riwayat Bukhari).
7.
Bersedekah Dan Nafkahkan Harta Kepada Yang Berhak.
Sabda
Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Ada tiga hal yang aku bersumpah kepadanya
dan aku akan menyampaikan suatu berita kepadamu, maka perhatikan benar-benar:
Tidak akan berkurang harta seseorang kerana sedekah dan tiadalah seseorang
membuka pintu meminta-minta melainkan Allah akan membukakan kepadanya pintu
kemiskinan." (riwayat al-Tirmizi)
8.
Tolong Agama Allah Dengan Menegakkan Syariat Islam
Firman
Allah SWT bermaksud: Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama)
Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
(Muhammad: 7)
Syariat
Islam akan tegak dengan adanya daulah Islam. Islam sebagai jalan kehidupan
tidak tegak dalam masyarakat saat ini dengan tidak sebagai wadah. Sistem
perekonomian di mana umat mencari rezeki pada saat ini merupakan sistem
perekonomian yang tidak mendukung mereka untuk mendapatkan rezeki yang banyak,
lancar dan berkat. Sebenarnya Allah tidak memerlukan pertolongan kerana Allah
Maha Kaya. Tetapi itulah cara bagi kita untuk menolong diri kita sendiri.
Marilah kita menolong agama Allah, agar rezeki kita banyak, lancar, halal dan
berkat.
Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20140213/ba_02/Mencari-keberkatan-rezeki#ixzz2tD9q4AIV
© Utusan Melayu (M) Bhd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan