![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEia1ZNs_KpXCRZacYneb2TJCNHaouhjY4IB6PvQpecVQVQNvAbVF-uyYxCPz9OUKGRPeH4QCDVXgbm5i5VAKNFXzYt-NPGhbJ5fqSZOGWW4-zFWKHPITnvelzCPuoQjqIIysOpedg-8CZE/s1600/%D9%87%D8%A6%D8%A6%D8%B4%D8%A7.jpg)
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata
PKR tidak akan melayan teori konspirasi ‘menggila’ ini kerana seluruh keutamaan
kini tertumpu kepada usaha-usaha mencari dan menyelamat.
“Keutamaan kita untuk menyelamatkan pesawat,
penumpang dan kemudiannya mencerakinkan apakah tugasan dan urustadbir yang
lebih baik termasuklah hubungan antara agensi yang lebih konsisten dan terbuka
supaya kita dapat kenalpasti kalau benar dirampas, siapa yang bertanggungjawab
dan dihadapkan ke muka pengadilan.
“Saya harap kita janganlah mengulangi sesuatu yang amat
menyakitkan bila berkait dengan sesorang yang tidak mampu mempertahankan
dirinya dan saya harap media Malaysia lebih bertanggungjawab daripada apa yang
dilakukan Daily Mail,” katanya.
Semalam, akhbar tabloidUnited Kingdom, Daily Mail
melaporkan bahawa juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah seorang ‘fanatik
politik’ dan ‘aktivis sosial yang lantang’.
Daily Mail juga melaporkan Zaharie menghadiri keputusan
perbicaraan liwat Anwar, beberapa jam sebelum menerbangkan pesawat malang itu.
Sumber; bm.selangorku.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan