1. MUQADDIMAH
Lihatlah insiden MH370 dengan
pandangan matahati. Jangan terbuai dengan naratif huru-hara yang sedang
disogokkan kepada anda supaya anda tidak melihat percaturan sebenarnya.
Anda sedang berhadapan dengan
musuh-musuh yang tersembunyi dan sangat pakar dalam operasi false flag. Saya
sudah acapkali menekankan kepentingan Malaysia dan perairannya. Hari ini kita
melihat mereka maju setapak lagi dan dengan mudahnya Malaysia diheret ke
persada kacamata dunia atas sebab-sebab yang tidak diingini, bersama pihak-pihak
yang berkepentingan.
Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Abi
Sa'id ra dari Nabi saw bahwa baginda bersabda: “Takutlah kamu kepada firasat
orang mukmin, kerana ia memandang dengan cahaya Allah Azza wa Jalla.” (HR
Tirmidzi)
Kemudian baginda membaca ayat: "Sesungguhnya
pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Kami) bagi
‘mutawassimin’ (orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda)." (QS Al-Hijr:
75)
i. KEPADA SIAPAKAH SAYA TUJUKAN
ARTIKEL INI
Seorang sahabat di alam maya yang baru
saja saya kenali datang bertanya di inbox:
BWW: Salam .. bro .. ada klu tentang
kehilangan MH370 ?
08/03/2014 17:16
Saya berharap ini kali terakhir saya
melahirkan pandangan saya mengenai MH370. Sebagai menghormati permintaan beliau
maka saya sampaikan sedikit pandangan saya. Saya tidak mahu terlibat dengan
percaturan yang tiada kesudahan ini. Kalau ada yang beroleh manfaat dari
artikel ini selain dari saudara BWW, maka fikir dan kembangkanlah.
Saya tidak ada keperluan mendekati
sesuatu isu secara apa yang kononnya diistilahkan sebagai "pendekatan
ilmiah". Saya tidak perlu pada justifikasi dan pembuktian yang terperinci,
maupun perdebatan yang tiada kesudahan. Kami membaca pergerakan mereka pada
kadar yang 'manasabah' dan samasekali tidak akan terlibat dalam permainan putar
alam mereka. Sidang pembaca boleh membuat interpolasi selanjutnya. Saya sekadar
menyampaikan bahawa kalian sedang disasarkan, itu saja.
Perkara pertama yang menarik perhatian
saya sebaik sahaja menerima khabar mengenai MH370 ialah kesungguhan luarbiasa
CNN dalam memberi liputan berita terhadap insiden ini dari detik-detik
permulaannya.
Bagi kami apa saja yang timbul dari
CNN adalah berita buruk, "CNN is bad news.". Inilah klu pertama saya
sebenarnya. Saya membaca ramai yang terpengaruh dengan liputan berita CNN pada
detik-detik awal tercetusnya berita tentang insiden MH370, lalu saya pun turut
serta mengikuti liputan CNN dengan harapan bahawa Malaysia tidak dihadiahkan
dengan 9/11 mereka.
Saya masih berdoa agar mereka itu yang
di dalam pesawat MH370, mangsa-mangsa kelompok sang perosak mukabumi, agar
segera muncul dengan selamatnya di hadapan kita semua supaya anda boleh
mengabaikan peringatan dan pesanan ini.
ii. RICHARD QUEST & SILAPMATA
KLASIK DAJJAL MELALUI CNN
Sistem dajjal meninggalkan templat
acuan yang sering dikitar semula berulang-ulang kali sehingga anda tidak
nampak, sedangkan ia sedang bermain-main di bawah batang hidung anda.
Silapmatanya membawa anda ke alam fantasi yang diolah mereka dengan begitu
realistik, sedangkan tanda-tanda mereka sedang beroperasi diabaikan. Sebaik
sahaja anda melihat tanda-tanda ini, anda tahu suatu agenda sedang
dilaksanakan.
Menurut Quest beliau bertemu dengan
Fariq ketika penggambaran program CNN Business Traveller dan rakaman video
penerbangan tersebut adalah pada 19 Februari 2014 membabit pesawat yang sama
(MH370).
Fariq Ab Hamid, 27, had recently
switched to the Boeing 777-200
He landed it in a flight captured on
video last month by CNN
It was a textbook-perfect landing, the
captain said of Hamid's work - (Sumber CNN)
(Gambar: Pembantu Juruterbang Pesawat
MH370 Fariq Abdul Hamid bersama Richard Quest, 17 hari sebelum kejadian
insiden! Jurnalis CNN atau Sepai?)
Anehnya CNN yang sudah dikenali
sebagai lubuk perisikan Mossad dan CIA langsung tidak dipertikaikan kehadiran
mereka. Tidakkah aneh bahawa beliau sudah berada dalam pesawat tersebut
terlebih dahulu membuat penggambaran bagi CNN (+ -) 17 hari sebelum insiden
MH370? Tidakkah aneh beliau bertemu dengan co-pilot pesawat yang terbabit pada
19 Februari? Kebetulan?
Richard Quest sendiri mempunyai
latarbelakang yang kabur yang boleh dipertikaikan. Beliau mempunyai rekod
tahanan pihak polis AS atas salahlaku seksual songsang dan pemilikan dadah
'meth'. Di CNN kononnya beliau adalah seorang pakar aviasi sedangkan beliau
berkelulusan undang-undang!
Beliau membuat penggambaran CNN
Business Traveller dan memandangkan fungsi beliau sebagai pakar aviasi,
menjelang insiden MH370 beliau memainkan peranan sebagai 'PAKAR AVIASI' dan
memberi liputan/analisis secara terperinci mengenai MH370. Apakah mereka datang
ke sini untuk membuat penggambaran Business Traveller atau membuat persiapan
untuk OPERASI FALSE FLAG MH370 sebenarnya? Bangunlah anak-anak Melayu, jangan
lena diulit mimpi lalu kamu bertelingkah sesama kamu sendiri. Hentikanlah
permusuhan sesama kamu.
Pada tahun 2006 Richard Quest (lahir 9
Mac 1962) menolak tawaran untuk bertugas dengan saluran Inggeris Al Jazeera, di
atas alasan ketidaksuaian berdasarkan homoseksualiti (gay) dan berketurunan
Yahudi Eropah (Jewish). [1]
(Gambar: Richard Quest)
1. ^ Owen Gibson; Afshin Rattansi
(November 12, 2006). "Look east: After long delays and a rumoured
editorial split with its Arabic parent, English-language news channel
al-Jazeera will go on air this week. Owen Gibson and Afshin Rattansi
report". The Guardian. Retrieved 6 August 2012. "But there were delays
from the start. It was hard to recruit big-name presenters: Richard Quest of
CNN said he turned down an offer on the grounds that being gay and Jewish might
not be suitable."
CNN reporter in sex, rope and drug
scandal
April 21, 2008 - 8:40AM
Gay CNN presenter Richard Quest on his
comeback after that embarrassing park incident
A well-known CNN reporter has been
arrested in New York's Central Park with drugs in his pocket, a rope around his
neck that was tied to his genitals, and a sex toy inside his boot.Richard Quest
- who is known for his boisterous and quirky style - was arrested at 3.40am on
Friday, almost three hours after the park's 1am closing time.
He was initially arrested for
loitering, the New York Post said. However, a search by police uncovered the
oddly configured rope, a sex toy inside Quest's boot, and a small bag of
methamphetamine in his left jacket pocket, the Post said. (http://www.smh.com.au)
Kedua-dua Yahudi Zionis CNN yang
homoseksual secara terbuka ini iaitu Richard Quest dan Anderson Cooper
kelihatan tersasul beberapa kali semasa melaporkan tentang MH370. Tidak
hairanlah isu membaca riak wajah dan "bahasa badan" ini saya kemukakan
seketika, ibarat pepatah Melayu 'pulang paku buah keras'. Pentagon sendiri
telah menggerakkan aparatus mereka baru-baru ini untuk 'membaca' Presiden
Vladimir Putin berikutan sidang media beliau mengenai Ukraine lebih 1 jam.
"The Pentagon has spent hundreds
of thousands of dollars in recent years so that researchers can study the body
movements of foreign leaders, including Russian President Vladimir Putin, in
hopes of predicting future behavior."
Video 1: Richard Quest - I flew with
missing first officer of MH370.
(00:32) And now ships, air and sea
rescue from both Vietnam and Malaysia and Singapore is also involved, China
would also get involved. The US forces who are in that area could be involved
too. Everybody will be in a coordinated ATTACK (gugup dan membetulkan semula
ayat kepada: ATTEMPT) to try and find exactly where this aircraft is in the
water.."
Apakah yang sedang bermain dalam
kepala Richard Quest sehingga tersasul dan berkata "coordinated
attack?". Apakah ini prosedur 'Search & Rescue' atau 'Search &
Destroy'?
(00:54) Pembaca berita kepada Richard
Quest: "Now Richard let's talk a little bit more about that co-pilot Fariq
Hamid. You actually sat in a cockpit of a similar aircraft just a few days
ago.."
(1:18) We were (flying).. filming,
(gugup membetulkan semula ayat: HAD AUTHORISED) had authorised filming for CNN
Business Traveller, and we were on the cockpit.."
Richard Quest dan Anderson Cooper
nampaknya bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa insiden-insiden ini
diterima oleh penonton sebagai insiden 'kebetulan' dan penggambaran CNN
Business Traveller tersebut mendapat pengesahan rasmi dari pihak berkuasa.
Dengan lain perkataan ia bukannya suatu operasi 'covert' rahsia perisikan
Amerika Syarikat.
Video #2: Richard Quest: Malaysia Airlines
MH370 jet was 'at safest point' in flight.
Pada saat pembuka kata (00:03) video
#2, Anderson Cooper sudah tersasul.
Anderson Cooper: "We're now
bringing in Richard Quest who has 'ACTUALLY' (gugup).. COINCIDENTALLY (Anderson
mengubah ayat kepada "secara kebetulan..") has been shooting a story
on the "airline" (Penerbangan Malaysia) and has spent time with the
airline's CEO..."
Video #3: Where is Malaysia Airlines
Flight 370? Traces of oil seen in area of last contact .
Pada video #3 kita melihat pelbagai
aspek pencerobohan keselamatan pesawat MH370 diperbincangkan & Rene Marsh
koresponden CNN memberi isyarat dan justifikasi tentang keperluan untuk badan
penyiasat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (National Transportation
Safety Board - NTSB).
Beliau membuat konotasi bahawa
negara-negara di rantau ini tidak mempunyai kepakaran yang memadai untuk
menangani krisis yang sebegini dan negara-negara yang lebih besar, maju dan
berkemampuan (Amerika Syarikat) seharusnya mengetuai penyiasatan tersebut.
Menurut John Goglia, "pakar
aviasi" dari NTSB, agensi induk AS yang menyiasat kemalangan kapal
terbang, "Ketiadaan panggilan kecemasan mencadangkan bahawa kapal terbang
sama ada mengalami penyahmampatan letupan atau telah dimusnahkan oleh bahan
letupan."
” Ia harus berlaku cepat kerana tidak
ada komunikasi, ” kata Goglia. Beliau berkata identiti palsu kedua-dua
penumpang kuat mencadangkan kemungkinan bom. “Itu bendera merah (Red Flag) yang
besar,” menurutnya.
Saya 'bertanya' kepada John Goglia di
sini, "Red Flag" atau "False Flag"? Tak
perlulah bermain istilah dengan anak Melayu.
2. ANTARA MASALAH YANG DICIPTA DENGAN
REAKSI YANG MENDATANG
Anda akan melihat bahawa sekiranya
insiden ini berakhir sebagai nahas yang tragik, maka China akan mempunyai
kasualti yang terbesar di mana lebih dari separuh mangsa dari insiden MH370
adalah warganegara China. Maka dari suatu sudut, siapakah sasaran sebenarnya
dari segi kasualti nyawa?
Perkembangan semasa berkenaan konflik
Barat-Rusia, akhir-akhir ini melihat China dengan lantang menempelak Amerika
Syarikat. Apakah anda menyangka China tidak memahami isyarat Amerika Syarikat
kepada mereka dari insiden MH370 ini?
Malaysia sudah terjebak di dalam
insiden ini di mana di mata dunia, kelemahan pentadbiran dan keselamatan
membabitkan penerbangan luar negara dilihat sebagai lemah. Maka apakah perasaan
China terhadap Malaysia? Tragedi MH370 ini dibentuk supaya negara kita tersepit
dicelah konflik yang mendatangkan kemarahan China dan rakyatnya terhadap
Malaysia.
Pada peringkat awal ini sahaja, cuba
anda perhatikan apakah sentimen rakyat mereka terhadap Malaysia mengenai
pengendalian kes ini? Anda belum merasakan bahang kemarahan dan kekecewaan
rakyat China? Kekeruhan hubungan dua hala sedang disemai secara sistematik.
Bagi saya inilah cara instigasi yang sangat klasik, dengan menggunakan pihak
ketiga (Malaysia) untuk mensasarkan kasualti keatas sasaran sebenarnya iaitu
China.
3. ISYARAT TERTINGGI KEPADA CHINA
Seorang kenalan maya di RT melawak dan
katanya "tiada siapa yang lebih arif tentang sistem pengendalian Boeing
dari Amerika Syarikat. Kalau ada sesuatu pihak yang boleh menjatuhkan pesawat
MH370 dari ruang udara dengan mudah adalah Amerika Syarikat."
Itulah hakikatnya. Rangkaian
perhubungan data 'dalam penerbangan' Boeing 777 berhubung terus 24/7 kepada
Pusat Komputer Boeing di Seattle, Washington.
Jika kesemua rangkaian ini dipadamkan
serta merta melalui suatu insiden yang katastropik ini bermakna:
Sebuah bom dalam anggaran 100-200 lbs
telah diseludup masuk ke pesawat dan diledakkan atau;
Sebuah serangan peluru berpandu
anti-pesawat seperti yang dimiliki dari USS Navy Guided Missile Destroyers yang
diketahui sedang beroperasi di Laut China Selatan ketika itu.
Senjata berteknologi tinggi yang tidak
diketahui.
Radar USA 7th fleet di Laut China
Selatan mampu menjejak pesawat tersebut, mengetahui ia meletup, dan jatuh ke
perairan. Radar tersebut mampu menjejak secara tepat lokasi dan kordinat impak
berlaku.
Satelit Reconnaisance Amerika Syarikat
mampu melihat pesawat tersebut meletup di udara. Pusat kawalan recon AS juga
mampu menjejak sekiranya sebuah peluru berpandu anti-pesawat dilancarkan
sebelum ianya meletup di ruang udara. Dalam anggaran masa 7 jam segala
keputusan boleh diproses dan disahkan.
"They will keep you running in
circles where in fact they have you encircled." - Al Faedah
Namun tiada sebarang statemen yang
relevan hingga kini diterima secara rasmi dari Whitehouse sedangkan mereka tahu
apa sebenarnya yang berlaku. Mereka akan terus meletakkan anda dalam
pusingan-pusingan yang mengelirukan, namun pada masa yang sama mereka telah pun
mengelilingi kamu.
Ini menimbulkan pra-sangka yang
manasabah bahawa pihak-pihak perisikan tertinggi blok Barat terbabit sedang
dalam prosedur melaksanakan agenda terorisma keatas negara membangun di Asia
Tenggara seperti Malaysia.
Insiden MH370 adalah suatu signal
& statemen tahap tertinggi kepada China. Anda akan melihat suatu siri
reaksi dari China secara berperingkat samada secara langsung atau tidak.
4. ANTARA MASA & TIMING INSIDEN
(Gambar: Kapten Zaharie Shah)
Perhatikan dengan baik 'timing'
insiden ini berlaku sebaik sahaja keputusan mahkamah terhadap ketua pembangkang
diterima. Mereka sudah pun mempunyai masa yang memadai untuk menyusun insiden
ini bertepatan dengan segala kemungkinan keputusan mahkamah? Anda percaya pada
"kebetulan"? Tragedi Lahad Datu mula memuncak pada 1 Mac 2013.
Insiden Pesawat MH370 berlaku di awal pagi 8 Mac 2014, genap setahun sahaja
selepas huru-hara Lahad Datu. Benarlah, ini semua semata-mata
"kebetulan".
Bagaimanakah sentimen blok pro
kerajaan dan blok pakatan? Tidakkah anda menjangka bahawa situasi pertentangan
antara kedua blok yang bertelingkah ini akan bertambah meruncing? Apakah segala
masalah ancaman perpecahan sesama kita bakal selesai dengan terpenjaranya
sekali lagi Anwar Ibrahim? Janganlah terlalu naif. Kerana kenaifan sebeginilah
umat Islam diperdaya berkurun-kurun lamanya.
Perhatikan kedudukan Penerbangan
Malaysia selepas ini. Apakah anda menyangka, reputasi dan kedudukan kewangan
syarikat penerbangan negara yang sememangnya sudah pun terumbang ambing, tidak
akan tergugat samasekali? Sebenarnya, entiti syarikat penerbangan negara kita
juga sedang disasarkan.
Perhatikan elemen & komposisi
penumpang-penumpang pesawat MH370. Tidakkah anda melihat kehadiran komposisi
yang sesuai? Penumpang warga Ukraine, Rusia, Amerika Syarikat, dan China..
Sekiranya elemen terorisma Eropah diperkenalkan, maka bukankah komposisi ini
menepati konflik semasa global di Ukraine?
Apakah pecahan terperinci demografik
setiap penumpang dalam pesawat MH370? Siapa-siapakah mereka? Apakah maklumat
dan rahsia yang ada pada mereka? Apakah anda mampu merungkai "nilai"
mereka dalam konteks perisikan?
Sama-samalah kita perhatikan elemen
apakah yang akan mereka ketengahkan kelak.. Yang penting ialah alibi
warganegara Amerika Syarikat sudah pun ditanam dalam insiden ini sebagai syarat
bagi membuka ruang kepada campurtangan Amerika Syarikat.
Dengan 3 (+1 bayi) warganegara Amerika
Syarikat, mereka sudah pun bergegas-gegas menyusun pasukan penyiasatan FBI mereka
untuk turun. Insiden ini melibatkan 152 (+ 1 bayi) warga China! Apakah anda
melihat kekalutan China untuk menghantar pasukan perisikan mereka?
Memang masih terlalu awal pada ketika
ini untuk menjangka bagaimanakah perencanaan ini bakal diolah oleh mereka. Saya
sekadar menasihatkan supaya jangan terbuai dengan sebarang polemik dan
percaturan yang bakal disusun kehadapan. Akhirnya anda akan hanya semakin
keliru.
5. MALAYSIA SEDANG DIPOSISIKAN SEBAGAI
NEGARA YANG LEMAH & TIDAK MAMPU MENANGANI KRISIS
Pihak manakah yang paling tertekan
dalam situasi masalah yang "dicipta" ini? Pastinya Malaysia berada
dalam kedudukan yang paling tertekan, lemah dan terdedah. Perhatikan rentetan
reaksi pada setiap spektrum. Tidakkah tragedi ini sudah pun mula menyemai
bibit-bibit kecelaruan, kesedihan, dan kemarahan pada setiap peringkat?
Bayangkan sekiranya insiden ini
berkesudahan dengan nahas yang mengorbankan kesemua penumpang dan krew pesawat,
bayangkan reaksi dan impaknya keatas kita semua. Pihak manakah yang bakal
meraih keuntungan dari episod MH370 ini? Bagaimanakah insiden MH370 ini
melibatkan AS sebenarnya, sedangkan mereka 'menawarkan bantuan?"
Inilah mentaliti ummah hari ini,
kerana mereka tidak memahami ideologi "Problem-Reaction-Solution"
ini. Inilah ummah yang hanya mampu reaksioner dalam perlakuan mereka. Dicatur
kesana sini oleh musuh-musuhnya sendiri, lalu bercakaran sesama sendiri dan memohon
bantuan dari mereka yang mencipta masalah itu pada asalnya.
Saya membincangkan dengan ringkas
penciptaan 'problem' (masalah) & implikasi reaksi yang timbul darinya.
Sewajarnya anda boleh membuat interpolasi yang lebih lanjut dan terperinci.
Jelasnya mereka mempunyai agenda dan kepentingan yang amat besar dari isu ini.
6. AS AKAN MENYAJIKAN PENYELESAIAN
& SOLUSI
Anda akan melihat selepas ini
siri-siri 'solution' (penyelesaian) akan disusun secara sistematik. Ada
diantara penyelesaian-penyelesaian ini akan diwar-warkan secara
"umum" dan "terbuka". Ada di antara
"penyelesaian-penyelesaian" ini akan di'runding'kan dibelakang tabir
bawah kelambu-kelambu kerahsiaan.
Mereka sudah pun memegang
kunci-kuncinya. Segala kelemahan teknikal, keselamatan (security) dan
pengawasan dalam diri kita (negara) sudah pun terdedah, terbuka dan akan
dirobek secara berperingkat. Inilah masa yang paling sesuai sekiranya
kuasa-kuasa luar yang berkepentingan ingin memastikan agenda dan kehendak
mereka dituruti. Mereka akan tampil ke hadapan dan memimpini anda untuk
'keluar' dari krisis ini. Sudah tentulah mereka orang yang paling 'berpengalaman'.
Dalam kesibukan anda menangani
pelbagai persoalan & permaslahan yang berbangkit, terorisma dan
berfikir-fikir manakah terorisnya, apakah "ransom demand" mereka dan
pelbagai kecelaruan teknikal yang disusun dari implikasi insiden 'false flag'
pesawat MH370, sudah pasti anda akan terlalai dari "teroris" dan
"tuntutan maupun ugutan" yang sebenarnya.
Ia mungkin sudah pun bermula..
Terorisma sebenarnya akan mengambil rupabentuk diplomasi, kepimpinan krisis,
kepakaran penyiasatan, sekuriti dan keselamatan. Dengan lain perkataan
bersedialah untuk tahap 'CAMPURTANGAN' yang lebih tinggi keatas urusan negara.
Dengannya datanglah peras ugut dan tuntutan secara berperingkat. Apabila
soal-soal keselamatan negara dalam sesuatu krisis sudah dibolosi, maka bersedialah
apabila anda menjadikan pemimpin keatas kamu. Segala kelemahan kamu akan
dieksploitasikan.
Bayangkan sekiranya insiden yang sama
berlaku di Rusia. Apakah anda begitu naif dan menyangka bahawa Putin akan
memberi sebesar-besar laluan kepada mereka untuk melakukan siasatan? Sudah
tentu tidak. Sebaliknya, perhatikanlah nanti penguasaan mereka keatas kita,
apabila 'pakar-pakar' perisikan dan penyiasatan mereka masuk.
Oleh yang demikian, akhirnya anda akan
lihat lebih banyak konsesi, rekonsiliasi dan tolak-ansur dilaksanakan secara
sistematik selepas ini sebagai "pampasan" untuk mengeluarkan diri
kita dari perangkap yang sudah mengena. Ada antaranya akan diumumkan. Ada yang
mungkin dilaksanakan secara terselindung. Segalanya bergantung sejauh manakah
insiden ini akan diperbesar-besarkan, digembar-gemburkan. Kalau naratifnya
menjadi semakin berputar-belit, maka semakin dalamlah agenda yang bakal
disusun.
Badan-badan penyiasat yang pakar sudah
pun mula disusun dan dicatur. Apabila CNN terlibat secara langsung dan
pro-aktif anda akan melihat keseluruhan aparatus perisikan Amerika Syarikat
adalah dibelakang mereka. Sambil saya menyediakan komentar saya ini, pasukan
penyiasat FBI Amerika Syarikat sudah pun digerakkan untuk beroperasi di
Malaysia secara rasmi.
Malangnya anak-anak generasi baru
Melayu dan tidak kurang juga mereka yang sudah jauh berumur, bakal
terkinja-kinja melihat operatif-operatif CIA, FBI dan apa sekalipun menjalankan
operasi 'psy-op' mereka di sini. Mereka akan terlompat-lompat menanti CNN dan
sekutunya memutar 'spin' terkini lagi tercanggih tentang MH370.
Inilah generasi yang telah diprogram
dengan filem-filem Hollywood & fantasi. Orang kita tidak faham bahawa
mereka ini sedang menjalankan gerak saraf destabilisasi keatas negara kita atas
kepentingan serakah mereka.
Apabila diperingatkan, maka mereka
segera pula berkata, "Oh tidak, ini teori konspirasi khayalan kamu!".
Sedangkan ALLAH SWT telah berfirman:
وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا
ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ
ٱلۡهُدَىٰۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ
ٱلۡعِلۡمِۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak
sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau
menturuti millah (tatacara hidup & agama) mereka (yang telah terpesong
itu).
Katakanlah (kepada mereka):
"Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang
benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu
mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang
kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat
mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al Baqarah:120)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا
تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ
وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي
الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi
pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang
lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka
sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak
memberi petunjuk kepada orang-orang yang zhalim. (Al Ma'idah: 51)
7. KESIMPULAN: LEBIH BANYAK PERSOALAN
DARI JAWAPAN YANG AKAN DIHASILKAN KELAK
Anda tidak akan 'nampak' naratif yang
saya nyatakan ini, kecuali anda tinggalkan naratif yang disogok kepada anda
secara sistematik.
Tragedi yang disusun ini sekiranya
berkesudahan dengan pengesahan nahas, akan membabitkan bilangan nyawa yang
sangat ramai dan naratif yang berlapis-lapis dan bertindanan. Jangan harapkan
penyelesaian yang mudah dan simplistik. Malah sebarang 'penyelesaian' dan
'solusi' yang tercapai akan hanya memihak kepada agentur konspirasi jahat ini.
Pada akhir perjalanan setiap dari
perancangan mereka ini, anda akan ditinggalkan dengan lebih banyak soalan dari
jawapan. Ia bukanlah perancangan yang sebarangan. Sedarilah hakikat ini.
Ketahuilah tragedi dan insiden MH370
ini sememangnya sangat menyedihkan, terutama sekali sekiranya ia berkesudahan
dengan nahas yang tragik. Namun di samping kita mendoakan keselamatan bagi
"mangsa-mangsa" yang terlibat, jangan lupa untuk mendoakan diri kita
sendiri. Sekiranya nyawa mereka terkorban, ketahuilah pengorbanan nyawa ini
akan berterusan dan tetap akan disasarkan pada kita jua akhirnya. Ketahuilah
nyawa manusia adalah sangat murah bagi mereka. Bangunlah anak Melayu, bangunlah.
Masamu semakin suntuk.
Samada anda dalam blok pakatan maupun
kerajaan, ketahuilah tiada siapa pun antara kita yang akan beroleh kebaikan
dari persengketaan dan perbalahan sesama kita kerana agentur-agentur yang
tersembunyi dan nyata ini sentiasa akan memainkan peranan untuk memecah
belahkan negara kita.
Maka saya berharap setiap dari kita
sedar segera akan kepentingan untuk kita bersatudan kembali kepada jalan Iman
dan Taqwa. Selagi kita bersengketa selagi itulah kita akan menjadi bahan
sasaran musuh. Anda tidak akan mampu merungkai secara terperinci gerak-gerak
saraf yang mereka jalankan keatas kedua-dua pihak yang bertelagah.
Kita tidak akan mampu menangani
percaturan-percaturan ini kecuali kita kembali kepada ALLAH SWT dan RasulNYA
sepertimana yang telah ditunjukkan oleh para Sahabah RA dengan bersatu hati dan
berkasih sayang sesama kita. Saya mendoakan para pemimpin Melayu negara agar
tiada lalai dari membela umat Melayu Islam dan terus mencari jalan perdamaian
antara mereka yang menentang kamu di bumi sendiri. Saya mendoakan anak-anak
dari umat Melayu & Islam yang bermusuhan supaya kembali bersatu dan saling
maaf memaafkan. Sesungguhnya bantuan ALLAH SWT bersama mereka yang bersatu dan
berkasih sayang sesama mereka. Dan apabila mereka tegur menegur sesama sendiri,
mereka memelihara akhlaq dan budi pekerti mereka. - Sumber dari
TengokTVOnline
SUMBER: http://mymediahubonline.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan