KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar
Ibrahim mahu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menangguhkan
dahulu perjanjian berhubung pembinaan loji rawatan air Langat2 selagi
kepimpinan negeri dan Pakatan Rakyat tidak diberi penjelasan sepenuhnya. Ketua
Umum PKR itu mengulangi gesaannya supaya Abdul Khalid berbincang terlebih
dahulu dengan kepimpinan Pakatan Rakyat dan mengambil kira pandangankonsensus
sebelum membuat keputusan terutamanya membabitkan soal kepentingan rakyat.
"Harus diberi penjelasan
terperinci tentang kesan pada Selangor, soal tarif, beberapa aspek perjanjian
sebelum menandatangani apa-apa perjanjian.
"Akan ada wakil daripada Pakatan
untuk memaklumkan (Khalid) supaya tidak tergesa-gesa kerana perjanjian itu
mempunyai impak besar kepada negeri (Selangor)," katanya selepas mesyuarat
majlis kepimpinan Pakatan Rakyat di bangunan Pas di sini, hari ini.
Rabu lepas, kerajaan Persekutuan dan
Selangor akhirnya menemui titik permulaan untuk bekerjasama berhubung
syarat-syarat yang akan memudahkan pelaksanaan projek loji rawatan air Langat 2
dan pengambilalihan aset air di negeri itu. Dalam perjanjian itu, kerajaan
Persekutuan bersetuju membenarkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat
konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd
(PNSB), Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor
Holdings Bhd (Splash) dengan pampasan RM9.65 bilion. Anwar berkata adalah
penting untuk mengambil kira semua faktor termasuk dari segi perundangan sebelum
sebarang perkara diputuskan di dalam MoU itu.
Sumber: Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan