Balai Ketibaan Lapangan Terbang KLIA gempar seketika
petang semalam apabila munculnya seorang lelaki yang mendakwa dirinya Raja
Bomoh Sedunia Nujum VIP. Dia mendakwa dirinya mampu membuat melihat keadaan
pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak sabtu lalu.
Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, mendakwa dia tahu
semua penumpang pesawat MH370 masih berada dalam keadaan yang selamat di satu
lokasi terletak di antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah lagi negara
asing yang tidak dapat dipastikan.
Jelasnya, pesawat MH370 berkenaan kini berada dalam dua
keadaan sama ada diculik pihak tertentu atau disembunyikan alam ghaib.
Upacara ritual itu menggunakan peralatan khas iaitu
teropong buluh serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk memperoleh alamat
terkini berhubung keadaan pesawat terbabit.
Upacara yang dilakukan oleh Raja Bomoh itu turut
menggunakan ayat-ayat suci al-Quran iaitu surah Nabi Yunus dan surah
Yassin.
Bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga
sehingga mati itu, pihaknya telah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan
dan yang selebihnya terserah kepada Allah SWT.
Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah terlibat dalam
membuat ramalan untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi Highland Tower serta
membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di
Mahkamah Temerloh, Pahang. - Sinar Harian
Tak kisahlah, janji dia ada niat nak membantu. Bukan
seperti sesetengah pihak menghentam, memfitnah, mencaci, mempersenda, malah ada
yang menjadikan tragedi ini sebagai bahan ujikaji dan lawak.
SUMBER: http://mymediahubonline.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan