BESUT
- Penduduk di Kampung Limbongan dan sekitarnya gempar apabila menyedari ada
pihak tidak bertanggungjawab menceroboh masjid kampung itu dan merosakkan
beratus-ratus naskhah al-Quran dan kitab hari ini. Dalam kejadian yang disedari
kira-kira jam 2.30 pagi itu, al-Quran, kitab dan buku yasin milik masjid itu
didapati dibuang merata tempat termasuk di dalam dan luar kawasan masjid
berkenaan, setelah dikoyak-koyakkan.Yang menyedihkan terdapat beberapa naskhah
al-Quran dibuang ke dalam mangkuk tandas tetapi segera diselamatkan, menurut
anggota Skim Ronda Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga Limbongan yang
menyedari kejadian itu ketika membuat rondaan di masjid berkenaan pada 2.30
pagi. Mereka mendapati naskhah al-Quran, kitab-kitab dan surah Yaasin
berselerak di dalam dan persekitaran masjid berkenaan. Mereka kemudian membuat
laporan polis. Sementara itu Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd
Zakaria ketika ditemui mengesahkan telah menerima laporan mengenai kejadian
itu. Beliau meminta orang ramai bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi.
Perkara itu sedang disiasat termasuk dengan bantuan anggota forensik yang
didatangkan dari Ibu pejabat Kontinjen Polis.
Sumber; Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan