Walaupun
sesibuk mana Yang Berhormat Ahli Parlimen Kemaman selaku Menteri Komunikasi
& Multimedia, beliau tidak pernah gagal untuk mencari ruang bagi
membolehkan beliau pulang ke Kemaman. Pada 15/3/2014 (Sabtu), iaitu selepas
selesai satu program di Damansara, Kuala Lumpur pada pagi beliau
terus bergegas pulang ke Kemaman dan sempat bersama dengan 2000 orang penerima
BR1M di Kg. Penunjuk Kijal, Kemaman pada pukul 3.00 petang.
Selepas
melancarkan perasmian beliau beramah mesra dengan penduduk dan bergegas ke
program ke dua yang diadakan di Dewan Sivik Kijal iaitu pada pukul 5.00 petang.
Di
Dewan Sivik Kijal, Kemaman, YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek beramah mesra
bersama golongan usahawan dan kontraktor kecil seluruh Kemaman.
Pada
hari Ahad (16/3/2013) iaitu selepas sebelah porgram sebelah pagi di daerah
Dungun, YB Ahli Parlimen Kemaman telah bersama 1200 orang nelayan di Dewan
IKBN, Kemasik. Dalam program bersama nelayan ini, Ahmad Shabery telah banyak
mengumumkan perkara-perkara positif yang menaikkan semangat para nelayan.
Yang
Berhormat Dato Sri Ahmad Shabery juga telah memberi semangat atas usaha para
nelayan di Kemaman untuk memecahkan rekod dunia pada bulan September ini. Untuk
rekod pada tahun lepas, para nelayan di Kemaman telah mencipta rekodMalaysia.
Selepas
bersama nelayan, Dato Sri Ahmad Shabery telah melawat beberapa buah rumah orang
sakit, kematian dan kemalangan di Kg Bukit Kuang, Kg Besut dan Geliga Baru
sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur untuk hadir ke Parlimen
keesokkan harinya.
Apa
yang dapat dilihat sepanjang dua hari program di Kemaman, YB Ahli Parlimen
Kemaman sentiasa berdoa dan memohon kepada semua rakyat Kemaman turut sama-sama
membantu mendoakan supaya pesawat MH370 kembali dijumpai.
sumber: http://parlimenkemaman.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan