KUALA LUMPUR - Pasukan Johor Darul Tazim (JDT) telah diberikan
surat pertuduhan berhubung kekecohan yang berlaku di dalam terowong sewaktu
perlawanannya menentang T-Team dalam kempen Piala FA di Stadium Tan Sri Haji
Hassan Yunos, Larkin pada 1 Februari lalu. Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak
Malaysia, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pertuduhan yang dikenakan ialah
berhubung kegagalan dari segi keselamatan dan JDT diberikan tempoh seminggu
bermula semalam untuk menjawab pertuduhan itu.
"Pihak Sekretariat FAM telah mengeluarkan
surat pertuduhan kepada pasukan JDT di bawah Kod Tatatertib 28.1 iaitu
kesalahan daripada segi mengawal keselamatan pegawai dan pemain semasa
perlawanan.
"Pihak JDT diberi masa seminggu untuk membalas
surat pertuduhan itu dan mereka kena serahkan selewat-lewatnya pada 11 Mac ini
kepada FAM," katanya ketika dihubungi semalam. Katanya lagi, surat itu
hanya ditujukan kepada pasukan JDT melalui Persatuan Bolasepak Negeri Johor
(PBNJ). Bagaimanapun, tegasnya, FAM memberikan jaminan mana-mana individu yang
dipercayai terbabit menyerang pemain import, Evaldo Goncalves dan jurulatih
kecergasan T-Team, Stefano Impagliazzio sewaktu insiden itu tidak akan
terlepas. Jelas beliau, kini terpulang kepada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib
FAM, Datuk Taufek Abdul Razak untuk memanggil mereka yang terlibat dan
memperincikan terhadap apa yang terjadi di Larkin.
"Selepas itu, Jawatankuasa Tatatertib akan
mengambil alih kes ini, berdasarkan segala bukti yang mereka dapat dan siasatan
secara berperingkat, sesiapa sahaja yang wajar dipanggil untuk membantu
siasatan akan dipanggil, sama ada mereka yang didakwa menyerang atau diserang,
semuanya bergantung kepada Datuk Taufek untuk membuat keputusan," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/
Ulasan:
Kenyataan ini secara tidak langsung menutup mulut para pengkritik yang bersikap
negatif terhadap T Team yang kononnya merekalah yang memula pergaduhan.
Kenyataan ini juga membatalkan kenyataan bodoh Irfan anak Ghani bersama
sumpahnya di hadapan al-Quran yang menyatakan tiada apa-apa insiden pergaduhan
terowong tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan