KUALA
TERENGGANU 3 Mac - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal
dunia akibat keracunan makanan yang dipercayai berpunca daripada ayam goreng
yang dibeli bapanya di sebuah pasar malam di sini, kelmarin. Mangsa, Muhammad Iqbal Rafie Mohd. Ilme dari
Taman Desa Salam, Bukit Payung, Marang yang mengalami cirit-birit dan muntah
sejak semalam meninggal dunia kira-kira pukul 1 petang ini ketika dalam
perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Turut
mengalami simptom berkenaan ialah bapa mangsa, Mohd. Ilme Mat Adam, 31, yang
bertugas sebagai anggota Rejimen 512 Askar Wataniah Kem Padang Midin kerana
turut memakan ayam goreng tersebut.
"Ketika
kami ke pasar malam di sini, saya dan isteri, Siti Zuraiana Mohd. Yusof, 28,
membeli nasi goreng, ayam goreng dan kaki ayam goreng serta minuman air keladi.
"Disebabkan
hanya saya dan Iqbal yang memakan ayam goreng, kami mengalami cirit-birit dan
muntah. Oleh itu, saya percaya ia berpunca daripada ayam goreng tersebut,"
ujarnya ketika ditemui di HSNZ di sini hari ini.
Menurutnya,
doktor di Klinik Kesihatan Bukit Payung turut mengesahkan mereka berdua
keracunan makanan.
"Namun
keadaan anak saya terus merosot dan lesu ketika diambil dari rumah
pengasuh," ujarnya.Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan
undang-undang ke atas peniaga terbabit sekiranya siasatan mendapati perkara itu
berpunca daripada ayam goreng tersebut agar menjadi pengajaran kepada
peniaga-peniaga lain.
"Laporan
polis telah dibuat dan kami menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk
siasatan lanjut," katanya.
Pengerusi
Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Keluarga, Masyarakat dan Wanita negeri,
Muhamad Pehimi Yusof ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya menerima
laporan berkaitan kematian mangsa dan menyiasat kes itu. Katanya,
setakat ini, seramai 30 individu keracunan makanan dan dirawat di HSNZ
dipercayai akibat membeli makanan di sekitar Kuala Terengganu namun tidak
menjelaskan sama ada daripada satu atau ramai peniaga.
"Kita
menunggu siasatan berhubung kematian kanak-kanak itu dan sekiranya berpunca
daripada makanan yang dibeli di pasar malam tersebut, peniaga terbabit akan
dikenakan tindakan," katanya.
Kadang-kadang, lalat HIJAU pembawa penyakit
SUMBER; Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan