Rabu, 26 Mac 2014

GAMBAR WAN AZIZAH DALAM HARAKAH NAMPAK AURAT DAN MALUKAN IMEJ SAYYIDATINA KHADIJAH..





  
Akhbar Harakah (Fikrah) edisi Jumaat bertarikh 28-30 Mac 2014 halaman F13 telah memaparkan aksi Dr. Wan Azizah Ismail menyepak bola dengan menggunakan kasut bertumit tinggi, sambil diperhatikan oleh lima jejaka berseluar pendek dan tiga jejaka berseluar panjang. Aksi yang sukar dibayangkan itu menampakkan aurat dibahagian kaki beliau yang sememangnya dicegah oleh agama. Beliau pernah mendapat anugerah Sayyidatina Khadijah suatu ketika dulu. Aksi yang tidak disangka-sangka ini bertujuan membawa pasukan bola yang beraski di Liga M ke Kajang dengan menjadikan Stadium Kajang sebagai stadium utama.


Apa-apapun, memang tak sesuai dan tak manis langsung kalau tengok gambar Kak Jijah yang tengah sepak bola tu. Seseorang muslimat tidak patut berkeadaan begini dan Akhbar Harakah yang kononnya akhbar Islamik tidak sepatutnya menyiarkan gambar yang boleh menjatuhkan maruah dan nilai-nilai agama. Kalau nak kempen pun bukan cara begini. Tak ada benda lain ke yang dia nak buat selain dari tunjuk skill sepak bola ? Lagipun, amat tidak sesuai wanita yang dapat anugerah Sayyidatina Khadijah, tiba-tiba terkangkang sepak bola dipadang.

P/S: Jejaka sebelah senyum pelik je tengok Kak Wan sepak bola sehingga meleleh air liur..!!






Sumber: facebook wan azizah dan http://mediapermatangpauh.blogspot.com/










Tiada ulasan:

Catat Ulasan