Ahad, 9 Mac 2014
SALINAN LAPORAN POLIS NELAYAN AKUI TERNAMPAK PESAWAT TERBANG RENDAH
Di bawah adalah salinan
laporan polis yang dibuat oleh nelayan yang mengakui ternampak pesawat tersebut
terbang rendah. Namun tidak dapat disahkan bahawa pesawat yang dinampak itu
adalah pesawat MH370.
"Pada
8/03/2014 Jam lebihkurang 0130HRS saya bersama kawan saya nama panggilan
"Pader Rohim" semasa sedang memancing di Kuala Besar, Badang telah
ternampak lampu sebuah pesawat melalui lokasi kami, lampu tersebut adalah dari
sebuah kapal terbang saya merasa hairan kerana pesawat tersebut terbang agak
rendah dari kebiasaan pesawat lain yang saya selalu nampak sebelum ini. Pesawat
tersebut kelihatan terbang dibawah awan dari arah laluan keluar negara. Selepas
balik rumah pada siang hari saya dapat tahu ada satu kapal terbang dari
syarikat MAS telah hilang. Sekian laporan saya."
Walaubagaimanapun, ini sudah cukup bagi pihak berkuasa
untuk dijadikan sebagai petunjuk.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan