![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8uyjx1aR9IlEYpTpgjLGCfyoIlvBhYzddAesACXaaMuwfEke8J7rPIkrBhM-XShjjc8sgInWHN4-aOIGUCEDUvIccPdcxqXObJutK8EwgQFSuEhBukyYW-N0CRHTAysnU55zA2Tw7KAc/s1600/Haron+Din.png)
Beliau menegaskan, pihak berkuasa melakukan yang terbaik
dalam usaha mengesan pesawat malang itu dan kerajaan berdepan dengan tugasan
amat berat untuk dipikul.
"Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi
bahu memikul, yang memikul tugas ini adalah kerajaan dan saya
secara jujur mengatakan kerajaan telah melakukan segalanya," katanya
seperti dipetik dalam portal berita, Antarapos di sini hari ini.
Kenyataan Haron itu dibuat susulan kritikan melulu Naib
Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim terhadap kerajaan dalam menangani tragedi yang berlarutan sejak 11 hari
lalu. Kedua-dua pemimpin pembangkang itu memperlekehkan usaha
kerajaan dalam merungkai misteri kehilangan pesawat itu dalam ceramah mereka
sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Dalam pada itu, Haron menasihatkan rakyat negara ini,
khususnya keluarga penumpang pesawat itu untuk menyerahkan perkara itu kepada
Allah. Dalam konteks itu, Haron yang juga pengamal perubatan
Islam tidak menolak sekiranya pesawat tersebut 'termasuk' ke alam lain.
"Tetapi segala-galanya itu masih lagi ada persoalan,
segala yang terdaya oleh kita dalam menghadapi suasana tempat, masa dan keadaan
yang kesemuanya kita rujuk kepada alam kebendaan.
"Kita tidak pernah terfikir apakah mungkin alam ini
hanya ada alam benda atau nyata? Ada alam dunia sahaja atau ada alam
lain?" katanya.
Menurut Haron, banyak persoalan timbul ekoran kehilangan
pesawat itu yang secara tiba-tiba hilang daripada radar, selain gagal dihubungi
dan besar kemungkinan pesawat terbabit termasuk ke dalam alam ghaib.
"Saya sekadar bertanya adakah kita lupa atau tak
mahu mengambil kira alam ghaib iaitu maksud perlu ada kemampuan serta kebolehan
untuk kita menembusi, mencari dan mengenali alam ghaib.
"Ini hanya berlaku apabila alam nyata tidak dapat
menjawab, bila alam yang kita lihat dengan mata tidak dapat menjawab, mungkin
alam ghaib boleh menjawab," katanya.
sumber; http://www.utusan.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan