Semua pejabat daerah di negeri ini diminta menwujudkan
rekod petunjuk prestasi utama (KPI) Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung (JKKK) bagi menilai prestasi sepanjang tempoh perkhidmatan. Pengerusi
Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, A. Latiff
Awang, berkata setiap pengerusi JKKK mempunyai tempoh dua tahun bagi
mempamerkan prestasi, sekiranya gagal memenuhi KPI, mereka bakal berdepan
ditamatkan perkhidmatan. Katanya, mereka yang tidak mampu memikul tanggungjawab
di peringkat akar umbi akan menimbulkan rungutan rakyat sekali gus menjejaskan
imej kerajaan. Beliau menarik perhatian, bagi daerah Marang, sebanyak tujuh
JKKK telah digantung tahun lalu dan tugas mereka diambil alih penghulu mukim
untuk sementara waktu. "Kalau prestasi dan KPI tidak memuaskan, mereka
boleh ditamatkan pada bila-bila masa. Kerajaan negeri berhak memberhentikan
mereka sebab mereka dipilih oleh kerajaan dan kalau tidak layak, boleh
diberhentikan. "Memang ada JKKK yang bermasalah dan antara masalah serta
kesalahan yang dilakukan ialah tidakmengaadakan mesyuarat, tidak buat laporan
selain timbul banyak rungutan daripada orang kampung," katanya. A. Latiff
berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Bicara Media anjuran Unit
Komunikasi Negeri, di Hotel Primula,Kuala Terengganu, semalam. Sementara itu,
beliau berkata, pada masa sama, lebih 1,000 JKKK di negeri ini akan melalui
proses transformasi untuk tujuan penambahbaikan bagi memastikannya benar-benar
berperanan membantu menyampaikan agenda pembangunan kerajaan kepada rakyat.
Menurut beliau, proses itu merangkumi pelantikan pengerusi serta anggota JKKK
baharu yang dijangka selesai Mei ini."Di seluruh negeri, 80 peratus JKKK
adalah orang lama.. “Semua Pegawai Daerah diarah memantau KPI setiap JKKK di
kawasan masing-masing secara berterusan demi kepentingan kerajaan dan rakyat
setempat. "Tugasan JKKK bukan saja dalam pembangunan fizikal malah dalam
pembangunan ekonomi dan sosial," jelasnya.
sumber: http://www.terengganu.gov.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan