Laman web The Guardian melaporkan terdapat dua
orang penumpang lelaki yang disenaraikan berada dalam pesawat MH370, tidak
menaiki kapal terbang tersebut. Justeru, ini menimbulkan kemungkinan pasport
palsu telah digunakan.Individu pertama ialah seorang lelaki warganegara Itali
bernama Luigi Maraldi yang dilaporkan kini dia berada di Phuket Thailand.Menurut
The Guardian, perkara itu telah disahkan sendiri oleh kedutaan Itali di
Bangkok. Walau bagaimanapun, kedutaan Itali sedang memeriksa berikutan wujudnya
kemungkinan individu berbeza tetapi mempunyai tarikh lahir dan nama yang sama
menaiki pesawat MH370. Individu yang bernama Maraldi di Phuket itu juga pernah
melaporkan pasportnya telah dicuri tahun lepas. Individu kedua pula ialah
seorang warga Austria yang juga pernah melaporkan pasportnya dicuri di Thailand
tahun lalu. Kementerian Luar Austria juga mengesahkan lelaki (nama tidak
didedahkan) itu kini berada di Austria. Pelbagai dakwaan timbul tanpa mengira
dari sumber mana sekalipun, ianya pasti lebih memburukkan keadaan. Dari kita
memikirkan apakah puncanya, dimanakah hilangnya pesawat MH370, lebih kita
mendoakan keselamatan penumpang serta anak kapal pesawat MH370.
Sidang media MAS akan diadakan pada jam 9 pagi ini.
- My Media Hub
Tiada ulasan:
Catat Ulasan