KUALA
TERENGGANU – “Dua kes lagi yang saya boleh saman pembangkang bila-bila masa
sahaja iaitu kes berkaitan lawatan kerja saya ke Antartika yang dikatakan
membawa bersama Exco dan saya dikatakan pergi melancong ke sana,” kata Menteri
Besar, Datuk Seri Ahmad Said. Menurut Ahmad, isu mengenai lawatan kerjanya
selama 15 hari ke benua itu sengaja digembar-gemburkan pembangkang tanpa bukti
kukuh bagi memburukkan reputasinya.
“Mereka
kata saya turut membawa Exco ke sana, mana ada bukti? Satu kes lagi mereka kata
saya ke sana untuk melancong dan menghabiskan wang rakyat, mana ada orang ke
tempat sebegitu untuk melancong?
“Pada
saya, pembangkang sudah kehabisan modal untuk mencari kesalahan kerajaan
sehingga setiap perancangan dan pembangunan yang dilaksanakan mendapat komentar
negatif walaupun tiada fakta kukuh,” katanya pada sidang media selepas
menyerahkan surat serahan pemilikan dan kunci rumah kepada 92 penerima Rumah
Pangsa Mampu Milik (RPMM) Taman Batin Perdana, Seberang Takir, kelmarin. Ahmad
turut menegaskan, pembangkang hanya bijak menggembar-gemburkan cerita,
menghukum terlebih dahulu tanpa menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk
menyiasat.
“Kalau
kata projek yang kerajaan buat ada penyelewengan, buat laporan kepada pihak
berkuasa, tunggu siasatan selesai barulah menghukum.
“Ini
tidak, belum apa-apa lagi dah keluarkan kenyataan media tanpa sebarang bukti.
Akhirnya, kita saman dia,” katanya.
Ahmad
berkata demikian ketika diminta mengulas kes saman yang dimenanginya ke atas
Adun Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan tiga lagi atas dakwaan
memfitnah berhubung pembelian uniform sekolah bernilai RM30 juta, tiga tahun
lalu.
Sumber: Sinar
harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan