Mengenai
isu pendidikan, yang terbaru, orang melayu terkejut dengan keputusan kerajaan
membuka 10 peratus kuota dalam Program Matrikulasi dan Maktab Rendah Sains MARA
(MRSM) kepada bukan bumiputera. Kemudian terdapat keresahan apabila jumlah
pelajar Melayu di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) didapati cuma lima
peratus. Isu-isu ini menyusul selepas polemik pelajar Melayu lemah, graduan
Melayu tidak fasih berbahasa Inggeris dan menganggur, cadangan sekolah aliran
Inggeris dan keributan ujian pertama sistem meritokrasi. Apa yang pasti,
semuanya berkisar tentang Melayu sehingga membayangkan pelajar Melayu terlalu
lemah. Setiap kali timbul isu dan kontroversi bidang pendidikan serta munculnya
pelbagai cadangan, sistem pendidikan akan dipersalahkan - akhirnya ia diubah
dan diubah lagi.
Tokoh
pendidikan dan ahli akademik yang masih aktif, Profesor Diraja Ungku Aziz
mengakui sistem pendidikan negara sekarang semakin caca marba kerana
sentiasa diubah.
``Saya
lihat perubahan sistem pendidikan adalah semata-mata memenuhi perjanjian atau
kompromi politik... pendidikan bukannya bola untuk permainan politik. Ia
menjadi lebih tidak adil jika perubahan dilakukan dengan merampas hak istimewa
bumiputera yang telah dipersetujui,'' katanya yang lebih dikenali sebagai Pak
Ungku.
Pak
Ungku optimis pelajar Melayu sebenarnya mampu bersaing. Tetapi ia tidak akan
berlaku sekarang. Rombakan sistem kuota bukanlah jawapan untuk meningkatkan
prestasi akademik Melayu, kata beliau.
``Soal
kuota sudah selesai pada 1970-an, apa perlu diubah lagi. Yang penting biarlah
`kecacatan' Melayu dalam pendidikan dihapuskan dahulu,'' ujarnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan