Ketika pendengaran rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat, NGO pimpinan Naib Presiden PKR, N Surendran, Lawyer For Liberty (@lawyers4liberty) mengamuk kepada Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di twitter Ketua Umum PKR itu.
Di dalam mahkamah, Muhamad Shafee yang mengetuai pihak
pendakwaan dalam rayuan itu memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa hakim Mahkamah
Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah yang mendengar perbicaraan dan membebaskan
Anwar telah terkhilaf (tersilap) dalam keputusannya.
“Jika ada bukti bahawa bukti DNA itu telah diubahsuai
dalam apa cara sekalipun, maka jelas kes (ini) tidak mempunyai asas,” Shafee
memberitahu panel hakim itu, dilaporkan Antarapos
Bagaimanapun hakikat ialah bukti DNA itu diserah oleh
polis kepada pakar kimia kerajaan dilabel dan dimateri sebagaimana yang
diwajibkan, kata beliau.
“Bagaimanapun keterangan ini tidak diambil kira oleh
hakim dalam merumuskan bahawa sampel itu telah dikompromi,” tambahnya.
Shafee berkata berasaskan keterangan pakar kimia kerajaan
itu, kebarangkalian sampel DNA itu telah diubahsuai dalam apa cara sekali pun
oleh pengawai penyiasat Jude Pereira amat tipis.
“Ini adalah rungutan utama kami (selaku pendakwaraya).
Pakar kimia mengatakan botol yang mengandungi DNA yang diterima dari polis
telah dimateri tetapi keterangan ini tidak diambil kira oleh hakim,” kata
beliau.
Shafee berkata hakim Zabidin silap untk meletakkan
standard terlalu tinggi iaitu 100 peratus terhadap kualiti bukti DNA itu.
“Tidak mungkin kita boleh mencapai 100 peratus dalam
kehidupan kita. Semua harus berpandukan kepada bukti yang sedia ada dan
kemudian mengambil kira kebarangkalian dalam membuat sesuatu rumusan,” kata
beliau.
Pihak pendakwaan diketuai oleh Muhamad Shafee dan dibantu
oleh Noorin Badaruddin dan Mohd Hanafiah Zakaria.
Manakala pasukan pembelaan diketuai oleh Karpal Singh
yang dibantu oleh Ram karpal, Sangeet Kaur Deo, Jeremy Vinesh Anthony dan
Zaleha al-Hayat.
Agendadaily mencatatkan
secara terperinci keterangan Mohamad Shafee :
9.32 pagi: Prosiding bermula dengan mahkamah
mendengar perhujahan Muhammad Shafee yang mewakili pihak pendakwaan. Shafee memperkenalkan semua pihak terlibat dalam kes itu.
Turut hadir Zamri Idrus, peguam pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.
9.40 pagi: Shafee berkata, satu-satunya isu yang
menyebabkan pembebasan Anwar, eksibit DNA daripada rektum saiful telah
dikompromi. Katanya, persoalannya sama ada ia diusik oleh pegawai
penyiasat Jude Pereira, integriti sampel yang dijaga oleh dua ahli kimia dan
sama ada keterangan mereka boleh digunakan. Petisyen rayuan akan menumpukan kepada isu itu, kata
Shafee. Menurut Shafee, Hakim telah khilaf di segi undang-undang
dan pihak pendakwaan telah membuktikan kes itu melampaui keraguan yang
munasabah. Hakim telah khilaf di segi undang-undang bahawa integriti bukti
telah diusik. Hakim telah khilaf di segi undang-undang mengatakan ada keraguan
sample DNA diambil dari SP1. Hakim telah khilaf di segi undang-undang apabila memberi
pertimbangan yang salah dari keterangan saksi termasuk pakar-pakar. Hakim
sendiri akui mereka tak 100 peratus pasti bahawa bukti itu tak diusik.
10.10 pagi : Shafee berkata menurut pakar kadangkala
kita tak boleh temui kecederaan di dubur apabila pelincir seperti KY Jelly
digunakan. Walau Dr Seah (Ahli kimia) letak empat botol sampel DNA
dalam satu beg plastik dan kemudian pegawai penyiasat ketika itu, Jude Pereira
telah menggunting beg plastik berkenaan, sampel di dalam botol-botol itu tak
tercemar dan tak terusik. Hakim terkhilaf bila memutuskan bahawa beg plastik yang
mengandungi sampel yang telah digunting itu menunjukkan bukti telah terusik. Saya berpendapat hakim telah terkeliru dengan botol-botol
sampel yang memang sahih telah dimeterai (sealed). Sampel yang diperolehi dari dubur Saiful sememangnya
dalam keadaan ‘pristine’ (suci) walaupun diambil 56 jam selepas dia dikatakan
diliwat. Hakim ketika itu telah mencari jalan mudah apabila mereka
menerima keterangan pakar dari luar negara yang lebih bergantung kepada buku
teks berbanding keterangan pakar tempatan, iaitu Dr Seah Lay Hong, yang banyak
pengalaman melakukan kerja-kerjanya di lapangan.
11.35 pagi: Shafee: Jabatan Kimia takpun
menolak/mengetepikan sampel-sampel yang diterima dari Jude Pereira. Hakim Balia mencelah – tapi semua bahan bukti adalah
dimeterai (pateri/sealed). Shafee – bahan-bahan bukti yang dimeterai mempunyai
tandatangan doktor dan Saiful. Ini adalah langkah keselamatan tambahan.
Biasanya tandatangan doktor sudah mencukupi.
Tetapi jika pakar kimia melakukan segala langkah dengan
berhati-hati dan mengikut peraturan hospital dan pegawai penyiasat, bagaiamana
hakim boleh ketepikan hakikat ini?
sumber: http://networkedblogs.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan