MAHKAMAH TOLAK SAMAN MPK TERHADAP PAS
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini
hari ini menolak saman fitnah RM5 juta oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK)
terhadap PAS berhubung perkataan berbaur fitnah dalam isu Zoo Bukit Takal di
Terengganu. Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop, dalam keputusannya, menegaskan
MPK gagal membuktikan elemen fitnah dalam kes itu. Peguam Noorazmir Zakaria,
mewakili PAS, memberitahu media bahawa hakim berkata MPK gagal membuktikan
bahawa kenyataan fitnah itu diterbitkan PAS terhadap majlis itu. "Mahkamah
menolak saman itu dengan kos RM30,000," katanya. Peguam Azwan Abdul Wahab
mewakili MPK. Pada 22 Mac tahun lepas, MPK memfailkan saman terhadap PAS dengan
menuntut ganti rugi RM5 juta daripada parti itu yang didakwanya mengedarkan
risalah mengandungi kata-kata berbaur fitnah dan palsu dalam isu Zoo Bukit
Takal. Pada 23 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan PAS
untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar yang dikenakan terhadap parti
itu. MPK memfailkan permohonan penghakiman ingkar terhadap PAS setelah parti
itu gagal hadir di mahkamah dua kali meskipun diperintah berbuat demikian. –
Tiada ulasan:
Catat Ulasan