Punca
Anwar Ibrahim dipenjara 5 tahun kerana isu liwat. Datuk Seri Anwar Ibrahim
didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 terhadap pertuduhan
meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar didakwa meliwat
Saiful pada 26 Jun 2008 di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan
Setiakasih, Bukit Damansara.
Fakta
Kes Anwar Ibrahim Dipenjara 5 Tahun Kerana Isu Liwat:
· Anwar menerima hukuman penjara
lima tahun atas kesalahan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari
Azlan enam tahun lepas di sebuah kondominium di Damansara.
· Hakim Datuk Balia Yusof Wahi
berkata, Hakim Mahkamah Tinggi telah khilaf dalam membuat penghakimannya bahawa
sampel DNA telah dicemari. Profil DNA pihak ketiga ditemui di bahagian dubur
Saiful.
· Susulan itu, Anwar hilang
kelayakan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)
Kajang yang dijadualkan berlangsung pada 23 Mac 2014.
Sumber: melvister.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan