Kuala Lumpur: Kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia
(MAS) MH 370 sejak seminggu lalu mengingatkan kepada insi-den sama menimpa
penga-sas Kumpulan Syarikat Upali Philip Upali Wije-wardene, 31 tahun lalu. Tauke
coklat jenama Kandos yang popular di Malaysia itu hilang bersama pesawat
peribadi dinaiki selepas dipercayai terhempas di Selat Melaka pada 14 Februari
1983. Pesawat peribadi jutawan Sri Lanka itu, Lear Jet LR35,
yang baru berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang
menuju Colombo, Sri Lanka, membawa empat rakan termasuk seorang rakyat Malaysia
dan juruterbang, berlepas jam 8.40 malam dan dijangka tiba di Sri Lanka jam
12.11 tengah malam. Bagaimanapun, 10 minit berlepas, pesawat itu dilaporkan hilang daripada radar
pada kedudukan 100 batu nautika dari Subang. Kehilangannya mungkin disebabkan pesawat diterbangkan pada aras rendah. Jam
8.56 malam, hubungan radio antara juruterbang Lear Jet LR35 dengan pegawai di
menara kawalan terputus.
Berikutan kehilangan pesawat itu, Malaysia, Indonesia, India dan Sri Lanka menubuhkan pasukan khas untuk menjalankan operasi mencari di lokasi kejadian. Malah, Singapura, Amerika Syarikat dan Russia turut menyertai pasukan itu bagi mengesan setiap inci Selat Melaka termasuk menggunakan kapal pengesan periuk api, namun gagal menemui pesawat dipercayai terhempas di perairan itu. Usaha mencari mangsa di sekitar Selat Melaka dihentikan setahun kemudian kerana tiada bukti atau penemuan baru ditemui untuk dijadikan petunjuk, menyebabkan pasukan mencari menemui jalan buntu.
Yang menghairankan, pasukan mencari dan menyelamat langsung tidak menemui bukti atau petunjuk tempat nahas berlaku walaupun sedikit cebisan pesawat. Siasatan awal Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA) mendapati pesawat bergerak terlalu pantas. Radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth mengesan pesawat itu dari ruang udara Batu Arang, Selangor dan tujuh minit kemudian tidak kelihatan di radar.
Pada jam 9.03 malam lampu ‘blip’ pesawat padam dan hilang pada skrin radar. Ketika itu pesawat berkenaan berada 20 batu nautika dekat pantai Sumatera. Pasukan khas dari Malaysia menghentikan operasi mencari dan menyelamat, tetapi anggotanya diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan bersedia memberi bantuan jika diperlukan oleh pasukan Indonesia.
Begitu juga dengan kehilangan pesawat A-4 Skyhawk yang menga-lami
pelbagai masalah senggaraan dan mengalami kadar kemalangan yang agak tinggi
yang berakhir dengan terkorbannya Allahyarham Leftenen Wahi bilamana jet yang
dipandunya telah terhempas ke dalam Laut Cina Selatan sehingga ke hari ini
masih belum dijumpai. Berikutan itu, pada tahun 1989 kerajaan mengumumkan untuk menamatkan
perkihdmatan Skyhawk dan digantikan dengan pesawat Bae Hawk 108/208 menjelang
1994.
Baki 40 buah Skyhawk yang ditempatkan dibawah panas terik di Gurun Nevada tidak pernah di bawa balik ke Malaysia. 40 Buah Skyhawk ditinggalkan sebagai alat ganti di Gurun Nevada itu telah diuruskan oleh sebuah syarikat US sendiri dan perbelanjaan pengurusannya dibayar oleh Kerajaan Malaysia setiap tahun.
Baki 40 buah Skyhawk yang ditempatkan dibawah panas terik di Gurun Nevada tidak pernah di bawa balik ke Malaysia. 40 Buah Skyhawk ditinggalkan sebagai alat ganti di Gurun Nevada itu telah diuruskan oleh sebuah syarikat US sendiri dan perbelanjaan pengurusannya dibayar oleh Kerajaan Malaysia setiap tahun.
Sumber; http://www.carigold.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan