![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjlujBqjVzDdPqe3-dw48IPtcyyz3GjFIZ4kibk3bc5BUDXAUw8HTKkhpw274ej9rMnaSp3X5ICZCE9MSWRlZ2JJb0_Sn37FHeBoWnJLi9yPWA1-DoO_M20ydKNi4hqVfvQIO41RGXZuUs/s1600/download+(1).jpg)
“Pemindahan rahim tersebut juga bertujuan untuk
mendapat zuriat sesuai dengan perintah Allah di dalam Al-Quran,” katanya pada
sesi soal jawab Forum Pendermaan Organ di Hospital Raja Permaisuri Bainun
(HRPB) di sini.
Hospital Universiti Akdeniz, Antalya Turki
menjadi hospital pertama yang mencatat sejarah dengan kejayaan pertama
pemindahan rahim oleh Dr. Omer Ozkan dan pasukannya pada Ogos tahun lepas.
Derya Sert, 22 adalah penerima rahim tersebut yang mempunyai masalah kerana
dilahirkan tanpa rahim. Antara syarat lain yang membolehkan pemindahan
organ tersebut berlaku adalah seperti yang digariskan mengikut Islam seperti
mendapat kebenaran keluarga penderma dan tidak melibatkan sebarang urusan jual
beli. Pendermaan dan penerimaan organ melalui orang bukan Islam adalah
dibenarkan dan perkara tersebut tidak sepatutnya menimbulkan sebarang syak
serta salah faham.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan