![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh7FbvxlL5znTSsLNa6AEyncjB0tRU0MR1Q6LbG85k7IA8soVrmZmdOgk_hG8fInTXGWw-9qVC8intRFTdLs5nMsW_QuWnHlrLXZhiiifTOIfnycP3NgIah7iDOj3xMrYWNhOaiTsaoXAI/s1600/mh_01.1.jpg)
Dakwa
mereka, sekiranya Anwar memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan
Negeri (DUN) Kajang nanti, dan seterusnya diangkat menjadi Menteri Besar,
pergolakan dan pertembungan rakyat akan berlaku.
Pengerusi
Yayasan Murni Aqidah, Datuk Aidit Ghazali berkata Ketua Umum PKR harus ditolak
kerana ideologi yang dibawanya ‘menyimpang dari ajaran Islam’.
“NGO
Islam sedar bahayanya Anwar Ibrahim.. dari segi ideologi yang dia bawa jauh
menyimpang dari ajaran Islam. Dari segi pegangan dia kepada ajaran Islam pun
tidak ada tanda-tanda menunjukkan yang dia hendak mendokong syariat Islam
dengan teguh,” kata beliau dalam satu sidang media di kediaman Hasan
Ali pada Isnin.
Katanya
apa yang dibimbangkan adalah sifat-sifat yang dimiliki oleh Anwar yang
didakwanya mempunyai ‘sifat-sifat kedajjalan’, namun beliau menafikan menuduh
Anwar seorang ‘Dajjal’.
“Di
sini saya hendak nyatakan 10 sifat-sifat kedajjalan, terpulang kepada tuan-tuan
dan puan-puan sekalian untuk menggunakan akal dan cuba memikirkan samada
sifat-sifat ni ada atau tidak pada mana-mana pihak. Saya tidak buat dakwaan
tetapi saya minta tuan-tuan dan puan-puan fikir,” katanya.Berikut merupakan 10
sifat-sifat kedajjalan yang telah disebutkan oleh Aidit, yang dikaitkan dengan
Anwar:
1.
Orang-orang yang ada sifat dajjal akan sesuaikan hukum Allah dengan akal dan
kepentingan diri. Contohnya fahaman liberalisme dan rasionalisme.
2.
Suka pada tarikan dunia, syahwat songsang dan meringankan yang haram.
3.
Suka dan berani mencabar ketuhanan. Contohnya mengganggap Islam sama rata
dengan agama lain.
4.
Ada kemahiran luar biasa menundukkan orang.
5.
Suka memutar belit kebenaran.
6.
Boleh membuat perkara hina tetapi masih lagi ada masyarakat yang menganggap dia
berpengaruh.
7.
Yang haq (benar) dikata batil (tidak benar), dan yang batil dikata haq.
8.
Suka wujudkan (keadaan) porak peranda. Contohnya perkara yang boleh diselesai
dengan kata sepakat, sebaliknya dibawa ke jalanan.
9.
Ada kaitan rapat dengan golongan Yahudi.
10.
Rapat dengan ramalan bersifat kedukunan.
Sementara
itu, Presiden Jalur Tiga Malaysia (JATI) Datuk Dr Hasan Ali berkata
beliau akui bahawa Anwar seorang yang mempunyai karisma dan aura, namun di
akhir-akhir usianya ini dia telah berubah.
“Saya
kawan Anwar Ibrahim, sama pengajian dengan Anwar Ibrahim.. sama tahun, sama
keluar universiti dengan Anwar Ibrahim… bersama-sama dengan Anwar Ibrahim.
Tetapi di akhir-akhir usianya dia telah mempunyai sifat-sifat dajjal.. adakah
Hasan Ali ingin bersama dajjal, penyokong dajjal dan sebagainya?
“Kalau
Hasan Ali hendak berpisah dengan dajjal.. bukan Hasan Ali seorang, penyokong
kawan-kawan karib Anwar Ibrahim tidak kurang 55 orang seperti Dr Chandra
Muzafar dan Ezam Mohd Nor telah meninggalkan Anwar,” katanya.
Pilihan
raya kecil DUN N25 Kajang akan diadakan setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
menetapkan tarikhnya pada 23 Mac 2014, manakala hari penamaan calon ditetapkan
11 Mac. Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi DUN Kajang selepas ADUN kawasan
itu, Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan secara tiba-tiba pada 27 Januari
lepas. Pakatan Rakyat telah menamakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebagai calon mereka untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut,
manakala Barisan Nasional (BN) menamakan naib preisden MCA Chew Mei Fun sebagai
calon mereka. Turut bertanding sebagai calon bebas dalam pertandingan tiga
penjuru itu ialah bekas presiden parti KITA yang juga bekas menteri kabinet,
Datuk Zaid Ibrahim.
SUMBER;
astroawani.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan