Selasa, 18 Mac 2014

ISU ROBOH RUMAH DI MAK CHILI. ADAKAH PEJABAT TANAH ZALIM..??




Penjelasan Isu Roboh Rumah Di Mak Chili: Mainan Politik Sempit Pas:

1. Tanah adalah milik kerajaan sebarang bangunan yg dibina atas tanah kerajaan adalah berstatus bangunan haram dan boleh diambik tindakan kerana menyalahi akta dan peraturan tanah.

2. Tanah itu dikenal pasti sebagai tapak pembangunan rumah mampu milik untk rakyat dan mmg dalam pembinaan.

3. Pak XXXX individu yg bertanggungjawab membina rumah itu sebenarnya sudah ada tempat tinggal yg lain iaitu di batu 21/2. Rumah yg dibina hanya diduduki sekejap dipercayai anak beliau.

4. Waktu pemaju alih tapak, semua penduduk yg membina rumah haram dan tinggal di situ dipanggil untk dimaklumkan bahawa mereka akan diberi tanah ganti di RTB Mak Chili oleh pihak kerajaan.

5. Pemaju juga menilai harta dan menawarkan sagu hati sebagai ehsan.

6. Disebabkan rumah dibina atas tanah kerajaan, isu pampasan dan ganti tapak tanah tidak timbul.

7. Tapi atas keperihatinan kerajaan, mereka ditawarkan tanah kerajaan dan pemaju menawarkan 'saguhati ehsan'

8. Dalam kes Pak XXXX selepas berunding, anak beliau 'Azxrx' diberi satu lot tanah RTB dan ditawarkan RM20000 sebagai sagu hati oleh pemaju. Akhirnya, tanah diterima. Tapi saguhati ditolak. Mereka meminta jumlah yg lebih tinggi.

9. Dalam proses tawaran saguhati dan sebagainya, rumah itu kini disewa sebelah dan diduduki oleh keluarga Pak Awi sebelah lagi.

10. Notis untk pindah sudah dikeluarkan tapi mereka enggan pindah.

11. Pihak berkuasa tiada pilihan kecuali terpaksa meroboh rumah tersebut kerana mengganggu perjalanan projek rumah mampu milik untuk kemudahan rakyat.

12. Rundingan dan tawaran antara kedua-dua pihak telah berlangsung lama iaitu 7/8 tahun.

13. Projek Perumahan Mampu Milik itu tergendala lama akibat kedegilan 3 orang drpd 17 org peneroka tanah di situ.

14. Namun dua pemilik yg terakhir telah bersetuju utk merombak sendiri rumah dan menerima 'saguhati ehsan'

15. Maka tinggallah rumah Pak XXXX sahaja yg tinggal.

16. Sebenarnya ianya sengaja dan dirancang begitu utk satu manipulasi politik yg mberi keuntungan kepada parti tertentu. 





sumber; yg mngikuti isu ini sejak awal lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan