Dipetik daripada kajian yang dilakukan oleh The Malaysian Insider, berikut merupakan 10 tempat/bandar paling
mahal di Malaysia dari segi kos sara hidup.
1. Pulau Pinang (bahagian pulau)
2. Bintulu, Sarawak
3. Paka/ Kerteh, Terengganu
4. Miri, Sarawak
5. Kuala Lumpur
6. Kuala Terengganu, Terengganu
7. Kuching, Sarawak
8. Klang
9. Labuan
10. Johor Bahru
2. Bintulu, Sarawak
3. Paka/ Kerteh, Terengganu
4. Miri, Sarawak
5. Kuala Lumpur
6. Kuala Terengganu, Terengganu
7. Kuching, Sarawak
8. Klang
9. Labuan
10. Johor Bahru
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhH9qZMI1u6zaCZoPXJQrc4xCaPS4bKnqryalvBa6R4ZmqPVvV3soKw7UIKU9FBjDwv4inszywHDKs8hD6hcloH4LvGKUnMOeJnPtOZIukTWR2qpdFAfOPAPu34Ysewd68VLzn-2v7Qs0Q/s1600/2%D8%B6.jpg)
Johor Bahru mencatatkan negeri ke 10 dengan
kos sara hidup paling tinggi di Malaysia.
Dengan kadar sewa rumah serta harga rumah
yang tinggi dan harga barangan keperluan harian yang agak mahal, seseorang
memerlukan gaji sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah
pulau di Pulau Pinang.
Seseorang memerlukan gaji sekurang-kurangnya
RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di Pulau Pinang.
Ia dikira paling tinggi berbanding
bandar-bandar lain di Malaysia. Turut mengiringi Pulau Pinang adalah bandar
perindusrian Bintulu di Sarawak dan Paka di Terengganu.
Namun, harga barangan di Pulau Pinang jauh
lebih rendah jika mereka tinggal di tanah besar iaitu di Seberang Prai. Mungkin
kerana itulah ramai penduduk Pulau Pinang tinggal di tanah besar walaupun
bekerja di pulau.
Mungkin ini juga menjadi punca kesesakan
berlaku setiap hari di jambatan Pulau Pinang dan feri sehingga menyebabkan
jambatan kedua terpaksa dibuat untuk disambungkan ke pulau Mutiara itu. Harga sekilo ayam di pasar George Town adalah
RM9 berbanding RM7.00 di Kuala Lumpur, RM6.50 di Klang.
Kadar sewa rumah juga tinggi di Pulau Pinang.
Sebuah rumah teres satu tingkat tiga bilik di Tanjung ToKong disewa
dengan kadar RM1,000 sebulan. Namun kadarnya lebih rendah di Batu Kawan atau
Nibong Tebal yang boleh diperolehi sekitar RM500 sebulan. Walau kos sara hidup agak rendah di Kuala
Terengganu, namun harga barangan keperluan hariannya antara yang tertinggi
berbanding bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia.
Harga ayam di Kuala Terengganu adalah RM7.50
sekilogram berbanding Kuala Lumpur RM7.00 dan Klang hanya RM6.50. Begitu juga
harga ikan, walaupun Terengganu ramai nelayan, tetapi harga ikannya antara yang
termahal, mungkin kerana kesegarannya.
Harga ikan kembong di pasar Chabang Tiga,
Kuala Terengganu adalah antara RM10.00 ke RM15.00 sekilogram bergantung kepada
kualiti ikan itu.
Namun oleh kerana kos sewa rumah dan jalan
raya tanpa tol di Kuala Terengganu, ia menyebabkan kos hidupnya tidaklah
terlalu tinggi. Dengan pendapatan RM2,500 sebulan, sebuah keluarga boleh hidup
di Kuala Terengganu dengan memiliki sebuah kereta dan rumah sewa.
Namun di Paka dan Kerteh yang terletak di
daerah Kemaman, kos sara hidupnya agak tinggi. Ini kerana kedua-dua bandar ini
menjadi tempat tinggal pekerja industri gas dan petroleum. Ia memberikan kesan
pahit kepada penduduk tempatan yang terpaksa bersaing untuk mendapatkan
barangan keperluan harian dengan pekerja industri yang mempunyai pendapatan
lebih baik berbanding mereka.
Keadaan sama berlaku di Sarawak, bandar
Bintulu dan Miri yang menjadi pusat industri gas dan petroleum yang menjadikan
penduduk bandar ini terpaksa menghadapi kos sara hidup yang tinggi.
Harga rumah di kawasan ini naik mendadak di
samping harga barangan meningkat dengan ketara.
P/s; Menjelang tahun 2014 ini, sememangnya ia
adalah tahun yang mencabar bagi rakyat Malaysia. Mana tidaknya dengan kos sara
hidup yang semakin meningkat, minyak, tol dan elektrik serta makanan adalah
sebahagian utama keperluan rakyat Malaysia, ditambah pula dengan harga rumah yang
semakin meningkat naik.
Adakah dengan mencari alternatif lain seperti
bekerja sambilan mampu mengurangkan tekanan kos sara hidup yang dialami oleh
rakyat?
Pada pendapat kami kerajaan perlulah
mengurangkan atau tidak lagi menaikkan harga keperluan asas seperti minyak dan
elektrik kerana ia memberi impak yang amat besar kepada seluruh penduduk
Malaysia. Kerajaan juga perlulah mencari/merangka alternatif selain pemberian
BR1M, ada lagi insentif lain yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban
rakyat.
Read more: http://www.harianblogger.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan