Seorang anggota polis peronda maut
manakala rakan setugasnya cedera selepas diserang hendap sekumpulan warga asing
dalam satu kejadian di Taman Sentosa awal hari ini. Koperal Raja
Aizam Raja Mohd, 53, yang cedera di kepala maut ketika dalam perjalanan keHospital Tengku
Ampuan Rahimah (HTAR) manakala Koperal Mohd Aidil Mustafa, 29, masih menerima
rawatan di hospital sama. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata
dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, kedua-dua mereka daripada unitkereta
peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan diserang hendap ketika meronda
di Lorong Yusuf Shahbudin 44D, Taman Sentosa.
"Dalam pergelutan itu, seorang
anggota polis ditikam dan meninggal dunia kemudiannya manakala seorang lagi
ditetak di muka," katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi
jenazah Raja Aizam di HTAR.
Difahamkan dalam pergelutan yang
berlaku, pistol milik Raja Aizam dirampas suspek yang cuba menembak Mohd Aidil,
tetapi senjata itu gagal berfungsi sebelum ia dirampas Mohd Aidil dan kemudian
menembak dua suspek.
Khalid berkata dua suspek ditembak
mati dalam kejadian itu dan sebilah pisau ditemui berhampiran Raja Aizam.
Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan