Selain teori konspirasi melibatkan Amerika Syarikat, satu
lagi pihak yang amat hangat diperkatakan sebagai ‘dalang sebenar’ di sebalik
kehilangan MH370 adalah puak Yahudi atau Israel.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhiTjjyyLPs9ksDbm0EM2dvYh1HsHagdOzC8JVFFugqh3EtE__tMKuv0bqax7bNC354F7ITijU6OUDkrLnCCDsLd08N53W9Az1O-9CPjjIXYWmXjl435aiGVsQ1iBUT6kM-24M9XyLeBRM/s1600/1%D8%B4.jpg)
Untuk rekod, Bollyn yang turut membantu Profesor Steven
E. Jones dalam menganalis serangan 9-11 telah muncul dengan bukti-bukti yang
mengaitkan Israel dalam serangan ini namun mereka berdua telah ‘mendapat susah’
termasuk diserang dan dipenjara.
Meskipun penglibatan Israel tidak dapat dibuktikan, namun
ada alibi tertentu yang membuatkan teori ini turut kencang diperkatakan.
Selain Kedutaan Israel didakwa ‘cuti tanpa sebab kukuh’
pada hari kejadian (sama seperti yang berlaku pada hari serangan di Twin Tower,
Amerika Syarikat pada 9 November 2001) terdapat bukti lain yang lebih membuka
mata.
Ia adalah tindakan Israel membeli dan memiliki sebuah
pesawat Boeing 777 2H6(ER) lama milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
Pesawat ‘kembar’ MH370 ini telah dirakam di sebuah
lapangan terbang kecil di Tarbes–Lourdes–Pyrénées, Perancis pada 4 Oktobe 2013
sebelum ia dibawa ke Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv, Israel pada 4
November 2013.
Difahamkan, pesawat MAS Boeing 777 dengan nombor siri
28416 dan didaftarkan sebagai 9M-MRI ini telah dijual kepada GA Telesis, LLC di
Fort Lauderdale, Florida pada 21 Oktober 2013 sebelum didaftarkan sebagai
N105GT.
Pesawat ini disimpan di Tarbes Lourdes Pyrenees pada 4
Oktober 2014 sebelum dibawa ke Tel Aviv sebulan kemudiannya.
Persoalannya, mengapa Israel membeli dan mahu memiliki
pesawat lama MAS ini?
Jika dirujuk kembali reaksi Israel berkaitan kehilangan
MH370, seorang ‘pakar keselamatan’ negara tersebut, Issac Yeffet pantas
mengaitkannya dengan teori bahawa MH370 telah ditawan pengganas dan dibawa ke
Iran untuk digunakan bagi siri keganasan akan datang.
Yeffet dilaporkan memberi kenyataan kepada Times of Israel:
“What happened to this aircraft, nobody knows. My guess
is based upon the stolen passports, and I believe Iran was involved. They
hijacked the aircraft and they landed it in a place that nobody can see or find
it.” (Tiada siapa tahu apa sudah berlaku pada pesawat tersebut. Berdasarkan kes
pasport curi yang dilaporkan, saya percaya Iran terlibat dalam hal ini. Mereka
telah merampas pesawat dan menerbangkannya ke satu tempat yang tidak dapat
dijumpai).
Pendapat ini turut disebarkan oleh individu yang bukan
rahsia lagi merupakan agen Israel dan penyebar propaganda Zionis iaitu Rupert
Murdoch yang turut memberikan komen senada:
Obama should call Chinese President following today’s
incident and say “we both have the problem of Muslim terrorism. Can we work
together?”
3:50 AM – 8 Mac 2014
777 crash confirms jihadists turning to make trouble for
China. Chance for US to make common cause, befriend China while Russia bullies.
4:15 PM – 9 Mac 2014
World seems transfixed by 777 disappearance. Maybe no
crash but stolen, effectively hidden, perhaps in Northern Pakistan, like Bin
Laden.
2:23 AM – 15 Mac 2014
777. Still think this a reminder that US and China should
be working more closely on Muslim extremist threat.
2:26 AM – 15 Mac 2014
Sejak dahulu lagi, Israel sering ‘digosipkan’ sebagai
perancang licik dalam banyak agenda dunia termasuk serangan 9-11.
Rancangan ini kadangkala dapat dihidu selepas kejadian
berlaku, contohnya menerusi filem Medusa Touch pada tahun 1978 yang menunjukkan
adegan serangan persis 9-11 di penghujung filem.
Pembikinnya, Arnon Milchan selepas diteliti adalah
penerbit filem yang juga anggota perisikan Israel, Mossad.
Jadi selepas diambil kira tentang pesawat MAS yang secara
tiba-tiba menarik minat Tel Aviv, tak dapat tidak kita akan terfikir bahawa
tidak mustahil jiak kehilangan MH370 adalah satu daripada plot yang sudah
dirangka oleh Israel.
Pada masa sama, Israel mungkin telah menunjukkan petanda
mahu menjadikan Iran sebagai kambing hitam sambil misi utama mereka sebenarnya
mewujudkan false-flag bagi mengatur satu kejadian serangan ala 9-11 menggunakan
pesawat MAS tidak lama lagi?
Apa pun, teori kekal sebagai teori selagi ia tidak
dibuktikan secara sahih. Sama-samalah kita doakan semoga kebenaran akan
ditunjukkan akhirnya.
Wallahu’alam.
Rem Ramzi / SiakapKeli.com
Sumber: www.bollyn.com