Ahad, 4 Mei 2014

UMNO – PAS PERLU CARI TITIK PERSAMAAN DEMI ISLAM DAN MELAYU




SURABAYA – Umno dan PAS perlu memiliki ‘kekuatan’ untuk mencari ‘titik persamaan’ bagi mencapai visi yang lebih besar dalam konteks memperkasa agenda bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia. Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Datuk Fuad Hassan berkata pada dasarnya, kedua-dua parti mempunyai banyak persamaan walaupun berbeza ideologi politik iaitu perjuangan berteraskan agama dan bangsa Melayu.

“Umno dan PAS sebenarnya banyak persamaan jika dibandingkan pakatan antara PAS dengan PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan DAP dalam agenda agama dan bangsa.

“Kedua-dua parti seharusnya memikirkan secara mendalam tentang visi bersama ini kerana pada akhirnya, perpaduan dan kesatuan yang penting bagi mencapai cita-cita majoriti penduduk Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas membentang kertas kerja bertajuk ‘Pendidikan Mentransformasikan Politik Melayu’ bersempena Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (Sepma) ketiga di sini, Sabtu.

Pada masa sama, beliau berkata pandangan serta pendapat masyarakat minoriti perlu dihormati serta diambil kira oleh kedua-dua parti dalam memperjuang nasib bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia.

Fuad berkata usaha kerajaan melindungi hak dan kepentingan bangsa Melayu selama ini adalah kerana kaum itu belum memadai untuk bersaing secara terbuka dengan masyarakat lain di Malaysia.

“Seperti kata tokoh pemikir Melayu Allahyarham Za’ba… selama 500 tahun orang Melayu dijajah. Maka menurut Za’ba, orang Melayu memerlukan sekurang-kurangnya 250 tahun untuk dibantu oleh kerajaan agar kedudukan mereka menjadi kukuh,” katanya sambil menambah antara aspek yang perlu diberi penekanan bagi memajukan bangsa Melayu ialah menerusi bidang pendidikan.

Beliau berkata falsafah pendidikan di Malaysia ‘cukup cantik tetapi ada beberapa elemen yang perlu disemak, misalnya kurikulum dan sukatan pelajaran mengenai agama, sejarah dan budaya (bahasa) perlu diterap tanpa mengira apa jua bidang pengajian.

Katanya, dalam keadaan sekarang yang menyaksikan perpecahan dalam kalangan masyarakat Melayu semakin meruncing, Umno dan PAS perlu melihat jauh ke hadapan berkaitan’survival’ bangsa itu.

Objektif seminar tiga hari yang berakhir Isnin ini, antaranya ialah menghimpun masyarakat Melayu serumpun bagi membincangkan isu ‘survival’ Melayu dan mentranformasi tindakan bangsa berkenaan ke arah membangunkan misi sejagat.


Seminar anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertema ‘Bersatu Mendepani Survival Melayu’ itu akan dirasmi oleh Menteri Badan Usaha Milik Negara Indonesia Dahlan Iskan pada Ahad.




Selasa, 29 April 2014

YADIM SETUJU BERADA DALAM JAWATANKUASA TEKNIKAL HUDUD



KOTA BHARU: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersetuju berada dalam jawatankuasa teknikal Hudud peringkat kebangsaan jika ia dibentuk dan YADIM dipelawa untuk menganggotainya.


Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata perbincangan mengenai hukum Hudud yang mahu dilaksanakan PAS Kelantan itu perlu dihalusi melalui jawatankuasa berkenaan dan PAS perlu melihat objektif penubuhannya tanpa sebarang prejudis. 

MUHYIDDIN LUANG MASA ZIARAH NIK AZIZ





KOTA BHARU - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menziarahi bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediamannya di Pulau Melaka di sini.
 
Nik Abdul Aziz bersama isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak menyambut ketibaan Muhyiddin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selepas solat Asar.
 
Muhyiddin yang dalam rangka lawatan sehari ke negeri ini, meluangkan masa berbual dan bertanya khabar dengan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas.
 
Nik Abdul Aziz semasa ditemui pemberita, berkata beliau tidak menyangka Muhyiddin dan isteri sudi datang menziarahi beliau dan keluarganya dan menyifatkan kehadiran Timbalan Perdana Menteri itu hari bertuahnya.
 
Nik Abdul Aziz yang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian kerana penyakit prostat kini dilaporkan semakin pulih dan mendapatkan rawatan secara berkala di hospital itu.
 
Muhyiddin dan isteri kemudian berlepas pulang ke ibu negara.  - Bernama

Ahad, 6 April 2014

TERENGGANU BAWA CANDAT SOTONG KE KELENDER PELANCONGAN GLOBAL




Dato’ Seri Ahmad Said dan Dato’ Mohd Jidin Shafee menjadi tetamu khas dalam program Assalamualaikum yang bersiaran secara langsung di TV Al-Hijrah di Kuala Lumpur, hari ini.
Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2014 merupakan salah satu usaha berterusan kerajaan negeri menjenamakan produk dan destinasi pelancongan tempatan ke pasaran pelancongan global. Penyertaan wakil media cetak, elektronik dan media sosial dari seluruh dunia selama tujuh hari bermula 11 April ini menyumbang kepada momentum promosi kalendar pelancongan Terengganu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, pesta bermusim antara April hingga Jun itu banyak membantu pengusaha dan pemilik bot nelayan menambah pendapatan sekaligus memperkukuhkan ekonomi para nelayan termasuk persatuan nelayan yang mengendalikan pakej pelancongan itu.

Katanya, pendedahan program candat sotong melalui media mampu menyumbang kepada galakan dan promosi bagi memperkenalkan lagi keunikan kepada dunia luar.“Kita mahu memberi peluang kepada wakil-media media merasai sendiri keseronokan dan keunikan aktiviti mencandat sotong dan seterusnya menulis serta menyiarkan pengalaman mereka dalam media masing-masing di negara masing-masing.

“Untuk jangka masa panjang, cara ini lebih efektif dalam mewujudkan keinginan dan keterujuaan kepada bakal-bakal pelancong yang ingin merasai sama pengalaman yang hanya ada di Terengganu,” katanya. Beliau berkata demikan dalam satu wawancara secara lansung di TV Al-Hijrah di Kuala Lumpur, hari ini. Selain Ahmad, turut menjadi tetamu khas rancangan Assalamualaikum itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd. Jidin Shafee.

Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2014 satu usaha kerajaan negeri mempromosikan produk dan destinasi pelancongan tempatan ke pasaran pelancongan global.
Mohd. Jidin berkata, setakat hari ini, seramai 203 petugas media dari 24 buah negara telah mengesahkan penyertaan program itu. Menurut beliau, kerajaan negeri masih menunggu keputusan enam lagi negara yang menunjukkan minat dengan program itu iaitu Austria, Belanda, Belgium, Denmark, Jerman dan Switzerland.

Katanya, negara-negara yang telah mengesahkan penyertaan termasuklah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Czech Republic, Hong Kong, India, Indonesia, Itali, Korea, Perancis, Filipina, Sepanyol, Singapura, Sweden, Thailand, United Kingdom dan Amerika Syarikat. “Selain Malaysia, peserta dari China paling ramai iaitu 30 penyertaan. Sehingga kini, seramai 21 orang telah menghantar boring dan salinan passport untuk menyertai program itu,” ujarnya.


Sebagai persiapan menyambut kedatangan pelancong katanya, beberapa lokasi candat sotong yang terkenal di Terengganu termasuk Pulau Kapas di Marang, Pulau Chepu dan Pantai Rhu Sepuluh di Setiu, Pulau Redang serta Pulau Perhentian dijaga rapi agar dapat dikunjungi kaki candat dari serata dunia.-TEGANUKITA.MY




PROF IZZI DIDAKWA MENCABUL



Harian Metro semalam melaporkan seorang pensyarah popular didakwa mencabul pelajar. Prof Izzi Haji (Hj) Ali pensyarah didakwa cabul Nurul Shuhada Binti Shahadan pelajar UITM Arau Perlis. Profesor dan juga pakar motivasi terkenal iaitu Prof Izzi Hj. Ali telah menggemaparkan institusi pengajian tinggi berikutan dakwaan seorang pelajar di universiti berkenaan mendakwa dicabul oleh pensyarah terbabit. Mangsa dilaporkan terpaksa merelakan perbuatan tidak senonoh pensyarah itu kerana risau akan mempengaruhi markah peperiksaanya. Berikutan insiden tersebut, mangsa membuat laporan polis dengan bertujuan tidak puas hati dengan tindakan pensyarah terbabit kerana telah menjatuhkan maruahnya.

Prof Izzi Haji Ali Raba, Ramas, Cabul Pelajar UiTM Arau Perlis? Pakar Motivasi Terkenal Disiasat! Prof Izzi Haji Ali Raba, Ramas, Cabul Pelajar UiTM Arau Perlis? Pakar Motivasi Terkenal Disiasat! Jika sebelum ini halwa telinga dan mata rakyat Malaysia acapkali dihidangkan dengan deretan nasihat dan motivasi yang disampaikan oleh pakar motivasi terkenal ini dengan tagline “Renung-renungkanlah, dan selamat beramal”. 


Secara tiba-tiba, Malaysia dikejutkan dengan dakwaan berserta dengan laporan polis yang mana Prof Izzi Haji Ali melakukan tindakan yang tidak senonoh terhadap seorang pensyarah IPT Awam (Pelajar UiTM Arau Perlis).-Berita Semasa



Laporan polis yang dibuat oleh pelajar berkenaan


Di antara komen pembaca dalam lama sesawang





SIAPA PROFESOR IZZI..?

Beliau ialah Md Izuddin Ali atau Prof. Izzi cukup dikenali dengan tagline 'renung-renungkan dan selamat beramal' di radio swasta Hot FM.

Prof. Madya Hj. Md Izuddin Hj. Ali adalah anak kelahiran Kuala Terengganu lebih 40 tahun yang lalu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Pasir Panjang (Sekolah Rendah Tengku Bariah) Kuala Terengganu. Beliau telah menyambung pelajaran menengah di Sekolah Menengah Tengku Bariah Kuala Terengganu. Selepas mendapat keputusan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran Malaysia, beliau menyambung pelajarannya ke Sekolah Menengah Sains Terengganu (Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud) Kuala Terengganu.

Selepas mengambil Sijil Pelajaran Malaysia, beliau menyambung pelajarannya di Humboldt State University, California. Di universiti tersebut beliau diamanahkan untuk menerajui Persatuan Pelajar Malaysia. Sejurus selepas menamatkan pelajaran di peringkat ijazah, beliau menyambung pelajaran di peringkat sarjana di California State University, Fresno, California.

Di universiti ini, beliau dilantik sebagai Presiden Persatuan Pelajar Islam Malaysia. Selepas menamatkan pelajaran di luar negara, beliau mengambil Diploma Ijazah Lanjutan Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Selepas tamat pengajian, beliau mula berkhidmat dengan Universiti Teknologi Mara semenjak tahun 1989 sehingga kini. Di UiTM beliau pernah di lantik sebagai Koordinator Pengajian Jarak Jauh, Penyelaras Program Bimbingan Belajar dan Ahli Jawatankuasa Kualiti. Beliau menerima anugerah khidmat cemerlang UiTM pada tahun 1994 dan 2001 dan dinaikkan pangkat kepada Profesor Madya pada Julai 2001. Pada tahun 2001, 2003 dan 2004 beliau menerima anugerah Pengajaran Contoh UiTM Terengganu.

Dalam pengucapan awam, beliau mula melibatkan diri secara aktif semenjak tahun 1993. Beliau biasa melibatkan diri dalam memberi ceramah dan kursus dalam bidang motivasi, pengucapan awam, pembangunan diri, kerja berpasukan, kepimpinan, komunikasi, kemahiran belajar dan keibubapaan. Beliau pernah menjadi tetamu jemputan untuk beberapa rancangan di radio, TV1, TV3 dan ASTRO. Di antara rancangan radio yang pernah disertai adalah Fikir-fikirkan, Fikrah, Pendidikan, Cabaran dan lain-lain lagi. Beberapa rancangan TV yang pernah disertai pula adalah Kuliah Subuh (TV3), Petua (TV3), Bincang Petang (TV3), Selamat Pagi Malaysia (TV1), Inspirasi Pagi (TV1), Malam Ini Linda (ASTRO) dan lain-lain lagi.

Beliau juga merakamkan beberapa kaset dan cakera padat video berbentuk motivasi dan juga sudah menghasilkan beberapa buah buku. Beliau berpengalaman memberikan ceramah motivasi dalam bidang-bidang seperti yang dinyatakan di atas di pelbagai peringkat sekolah sehingga ke peringkat korporat dan sektor awam di seluruh negara.

Di antara organisasi yang pernah mendapat perkhidmatan beliau adalah Petronas, Tenaga Nasional Berhad, Telekom, Informis Sdn Bhd., Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kerja Raya, Jabatan Perkhidmatan Awam, Biro Tata Negara, Perpustakaan Negara Malaysia, Pusat Zakat Wilayah Persekutuan, Persatuan Sains dan Matematik Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya dan sebagainya.





Ahad, 30 Mac 2014

APA MOTIF ISRAEL MILIKI PESAWAT SERUPA MH370 INI?







Selain teori konspirasi melibatkan Amerika Syarikat, satu lagi pihak yang amat hangat diperkatakan sebagai ‘dalang sebenar’ di sebalik kehilangan MH370 adalah puak Yahudi atau Israel.

Teori ini dibawakan seorang wartawan Amerika Syarikat yang menulis buku berjudul Solving 9-11: The Deception that Changed the World, Christopher Bollyn.

Untuk rekod, Bollyn yang turut membantu Profesor Steven E. Jones dalam menganalis serangan 9-11 telah muncul dengan bukti-bukti yang mengaitkan Israel dalam serangan ini namun mereka berdua telah ‘mendapat susah’ termasuk diserang dan dipenjara.

Meskipun penglibatan Israel tidak dapat dibuktikan, namun ada alibi tertentu yang membuatkan teori ini turut kencang diperkatakan.

Selain Kedutaan Israel didakwa ‘cuti tanpa sebab kukuh’ pada hari kejadian (sama seperti yang berlaku pada hari serangan di Twin Tower, Amerika Syarikat pada 9 November 2001) terdapat bukti lain yang lebih membuka mata.

Ia adalah tindakan Israel membeli dan memiliki sebuah pesawat Boeing 777 2H6(ER) lama milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Pesawat ‘kembar’  MH370 ini telah dirakam di sebuah lapangan terbang kecil di Tarbes–Lourdes–Pyrénées, Perancis pada 4 Oktobe 2013 sebelum ia dibawa ke Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv, Israel pada 4 November 2013.

Difahamkan, pesawat MAS Boeing 777 dengan nombor siri 28416 dan didaftarkan sebagai 9M-MRI ini telah dijual kepada GA Telesis, LLC di Fort Lauderdale, Florida pada 21 Oktober 2013 sebelum didaftarkan sebagai N105GT.

Pesawat ini disimpan di Tarbes Lourdes Pyrenees pada 4 Oktober 2014 sebelum dibawa ke Tel Aviv sebulan kemudiannya.

Persoalannya, mengapa Israel membeli dan mahu memiliki pesawat lama MAS ini?

Jika dirujuk kembali reaksi Israel berkaitan kehilangan MH370, seorang ‘pakar keselamatan’ negara tersebut, Issac Yeffet pantas mengaitkannya dengan teori bahawa MH370 telah ditawan pengganas dan dibawa ke Iran untuk digunakan bagi siri keganasan akan datang.

Yeffet dilaporkan memberi kenyataan kepada Times of Israel:

“What happened to this aircraft, nobody knows. My guess is based upon the stolen passports, and I believe Iran was involved. They hijacked the aircraft and they landed it in a place that nobody can see or find it.” (Tiada siapa tahu apa sudah berlaku pada pesawat tersebut. Berdasarkan kes pasport curi yang dilaporkan, saya percaya Iran terlibat dalam hal ini. Mereka telah merampas pesawat dan menerbangkannya ke satu tempat yang tidak dapat dijumpai).

Pendapat ini turut disebarkan oleh individu yang bukan rahsia lagi merupakan agen Israel dan penyebar propaganda Zionis iaitu Rupert Murdoch yang turut memberikan komen senada:

Obama should call Chinese President following today’s incident and say “we both have the problem of Muslim terrorism. Can we work together?”
3:50 AM – 8 Mac 2014

777 crash confirms jihadists turning to make trouble for China. Chance for US to make common cause, befriend China while Russia bullies.
4:15 PM – 9 Mac 2014

World seems transfixed by 777 disappearance. Maybe no crash but stolen, effectively hidden, perhaps in Northern Pakistan, like Bin Laden.
2:23 AM – 15 Mac 2014

777. Still think this a reminder that US and China should be working more closely on Muslim extremist threat.
2:26 AM – 15 Mac 2014

Sejak dahulu lagi, Israel sering ‘digosipkan’ sebagai perancang licik dalam banyak agenda dunia termasuk serangan 9-11.

Rancangan ini kadangkala dapat dihidu selepas kejadian berlaku, contohnya menerusi filem Medusa Touch pada tahun 1978 yang menunjukkan adegan serangan persis 9-11 di penghujung filem.




Pembikinnya, Arnon Milchan selepas diteliti adalah penerbit filem yang juga anggota perisikan Israel, Mossad.

Jadi selepas diambil kira tentang pesawat MAS yang secara tiba-tiba menarik minat Tel Aviv, tak dapat tidak kita akan terfikir bahawa tidak mustahil jiak kehilangan MH370 adalah satu daripada plot yang sudah dirangka oleh Israel.

Pada masa sama, Israel mungkin telah menunjukkan petanda mahu menjadikan Iran sebagai kambing hitam sambil misi utama mereka sebenarnya mewujudkan false-flag bagi mengatur satu kejadian serangan ala 9-11 menggunakan pesawat MAS tidak lama lagi?

Apa pun, teori kekal sebagai teori selagi ia tidak dibuktikan secara sahih. Sama-samalah kita doakan semoga kebenaran akan ditunjukkan akhirnya.




Wallahu’alam.

Rem Ramzi / SiakapKeli.com
Sumber: www.bollyn.com





PASANGAN PHILIP WOOD PERCAYA PESAWAT TAK TERHEMPAS






SHAH ALAM – Pasangan kepada salah seorang penumpang pesawat MH370, Philip Wood iaitu Sarah Bajc percaya pesawat itu tidak terhempas. Sebaliknya, beliau dalam satu temu bual dengan saluran BBC News merasakan seolah-olah wujud motif lain di sebalik kehilangan pesawat tersebut.

“Setiap jenayah mesti ada niat dan motif di sebaliknya. Ada 30 jurutera pertahanan dalam pesawat itu dengan kemahiran yang unik.

“Mereka boleh menjadi sesuatu yang berharga untuk mana-mana negara yang mencari kelebihan untuk peralatan tentera mereka. Ada banyak motif di sebaliknya, tapi saya tak nampak ada motif untuk seseorang membuatkan pesawat terhempas,” katanya.

Menurut Bajc, beliau tidak memiliki kepakaran dan hanya membuat andaian berdasarkan common sense.


Namun, katanya, pandangan sama juga banyak disuarakan pakar penerbangan dalam laman Facebook yang diwujudkan dengan nama ‘Finding Philip Wood’.

“Kebanyakannya berpandangan pesawat itu dirampas, bukannya terhempas. Jadi saya pelik mengapa usaha pencarian hanya tertumpu di lautan.

“Saya percaya ada sesuatu berlaku disebaliknya dan ramai merasakan kerajaan cuba mengelirukan kami,” katanya.



Sumber: Sinar Harian